Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Cinta Minda’ dorong jaga kesejahteraan mental

Sep 24, 2023 | 05:37 PM



Lebih 320 penduduk di kawasan Jalan Besar berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan mental dan menambah pengetahuan mengenai sumber maklumat dan bantuan kesihatan mental dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada acara ‘Cinta Minda’ pada Ahad.

Acara anjuran M Kuasa Tiga (M3) itu merupakan sebahagian daripada siri program baru yang menumpukan terhadap usaha mewujudkan peluang pendidikan, aktiviti, serta dialog ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu/Islam tentang penjagaan kesihatan mental dan fizikal.


Selain menyediakan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan mental, acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Kolam Ayer itu, turut memaparkan gerai kendalian rakan kongsi masyarakat bertujuan membantu penduduk memahami isu kesihatan mental, bantuan dan sumber yang sedia ada.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada bidang tumpuan M3 untuk memperkasa masyarakat Melayu/Islam menjaga kesihatan mereka.


Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar yang juga penasihat bagi pertubuhan akar umbi GRC Jalan Besar. Dr Wan Rizal Wan Zakariah berkata program yang dikhususkan bagi masyarakat Melayu seperti Cinta Minda penting dalam menyediakan ruang yang selamat bagi dialog dalam masyarakat.

“Cinta Minda dibentuk berdasarkan nuansa budaya dan sosial tertentu dalam masyarakat Melayu/Islam.

“Program khusus seperti ini boleh menangani faktor-faktor unik ini dan menyediakan ruang selamat untuk mengadakan dialog dan pendidikan berkaitan kesejahteraan mental,” katanya yang menyertai acara itu.

Menurut Dr Wan Rizal, berdasarkan respon masyarakat yang menggalakkan, Cinta Minda bakal diperluas kepada bandar M3 lain.


Acara Cinta Minda itu juga memaparkan drama pentas interaktif dalam bahasa Melayu dengan tajuk ‘Selangkah Bersama’ yang merangkumi tiga kisah mengenai masalah sosial.

Penonton berpeluang menentukan bagaimana setiap kisah yang dipaparkan akan berakhir.

Filem pendek berjudul ‘Grief Booth’ turut ditayangkan semasa acara itu, menyentuh tentang realiti alam maya yang menggunakan kuasa kecerdasan buatan (AI) bagi menyediakan ruang untuk pengguna meluahkan perasaan dan pengalaman mereka.

Tambah Dr Wan Rizal, meskipun kesedaran tentang kesihatan mental meningkat secara bertahap, ia “belum sampai tahap yang diinginkan.”

“Kita perlukan pendidikan khas, dialog masyarakat dan inisiatif yang mengurangkan stigma.

“Cinta Minda merupakan langkah ke arah tujuan tersebut, dalam meningkatkan kesedaran dan menyediakan sumber bagi kesihatan mental,” ujarnya.

Beliau melahirkan harapan agar anggota masyarakat yang menyertai acara tersebut dapat pulang dengan kesedaran yang lebih tinggi dan rasa diperkasa dalam usaha menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >