Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI (MHA)

CNB lancar kit ujian air liur di pusat pemeriksaan

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah mempertingkat penguatkuasaannya di pusat-pusat pemeriksaan dengan melaksanakan penggunaan kit-kit ujian air liur mulai Januari.



Kit-kit tersebut, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal, mencegah warga Singapura dan penduduk tetap (PR) daripada menyalah guna dadah di luar negara.



"Kit-kit ini, seperti yang saya pegang, amat ringan dan kompak.



"Ia menawarkan cara yang lebih berkesan untuk mengesan penyalah guna dadah di pusat-pusat pemeriksaan," katanya.



Kit ujian air liur telah digunakan di pusat-pusat pemeriksaan dan semasa operasi penguatkuasaan setempat dilakukan dalam usaha menambah pengesanan dadah dan memperbaiki keberkesanan operasi CNB.



Ujian air liur menawarkan kaedah pantas, mudah alih dan tidak invasif berkaitan ujian pengambilan dadah menerusi cecair dalam mulut.



Dengan jangka masa yang singkat sekitar 10 minit, alat ujian awal di tempat pemeriksaan akan membantu para pegawai dalam penilaian operasi mereka berkaitan potensi penyalah gunaan dadah.



Mereka yang diuji positif akan disiasat lanjut.



Cara ujian tambahan ini akan menambah nilai dan mempertingkat keupayaan pengesanan dadah, kata CNB.



Sementara itu, CNB dan pihak polis akan memulakan percubaan operasi hadangan jalan raya untuk mengesan penyalah guna, mulai bulan ini dan kit-kit ujian air liur akan digunakan, tambah Dr Faishal.



Dalam langkah pertahanan menentang dadah, CNB juga akan meluaskan pendidikan pencegahan dadah (PDE) dalam kalangan belia di sekolah.



Dr Faishal berkata:



"Sekolah menengah yang tidak menjalani usaha pendekatan PDE sepanjang dua tahun lalu, akan menjalani satu pendekatan pada 2023.



"Memandang ke hadapan, CNB akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memastikan kesemua rendah dan menengah menjalani sekurang-kurangnya satu program PDE setiap tahun," katanya.



Dengan aplikasi TikTok kian popular dalam kalangan belia, CNB melancarkan akaun TikTok-nya tahun lalu, yang kerap paparkan video singkat berkaitan usaha penguatkuasaan terhadap dadah.



Dalam ucapan Bahasa Melayu yang disampaikannya di Parlimen pada Isnin, Dr Faishal memuji beberapa badan Melayu/Islam (MMO) yang tampil untuk bekerjasama dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan CNB.



".....dalam usaha mencegah kelakuan jenayah dan berulangnya kelakuan jenayah, dengan menyediakan sokongan kepada pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka dari masa mereka di dalam penjara sehingga selepas mereka dibebaskan," katanya lagi.




“Hanya beberapa minggu kebelakangan ini, kami dikejutkan dengan laporan mengenai dua remaja ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk aktiviti berkaitan keganasan. Remaja itu sertai pelbagai wadah dalam talian yang bertemakan pelampau dalam permainan Roblox. Platform permainan dalam talian sedemikian digunakan oleh kumpulan pelampau untuk sebarkan ideologi mereka. Mereka gunakan permainan video dan budaya permainan untuk tarik minat dan pengaruhi belia kita. Kita perlu ikuti perkembangan teknologi dan trend masyarakat terkini untuk mengelak pengganas menyalahgunakan platform dalam talian untuk sebarkan ideologi ekstremis yang ingin mempengaruhi minda belia.
– Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



“Saya ingin tahu lebih lanjut apakah rancangan Khidmat Penjara Singapura dan Reben Kuning Singapura dalam usaha membantu pengambilan kerja dan keperluan daya kerja bekas pesalah. Saya berharap MHA akan timbangkan untuk menyemak semula Akta Pendaftaran Jenayah berhubung dengan jenis kesalahan dan cara menanganinya, termasuk tempoh kesalahan yang lalu sebelum rekod jenayah dipadam. Saya berharap dengan adanya semakan, kita dapat beri bekas pesalah peluang lebih tinggi digajikan semula apabila mereka pulang ke pangkuan masyarakat dan tenaga kerja.”
– Encik Patrick Tay (Pioneer), yang juga Penolong Setiausaha Agung NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >