Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas lebih 11kg dadah

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah merampas lebih 11 kilogram dadah termasuk dadah jenis kanabis, 'ice' dan ketamin.



Nilai dadah tersebut dianggarkan sekitar $560,000, menurut CNB.



Ini berikutan operasi yang dijalankan di seluruh negara dari 11 April hingga 19 April, yang mana 35 orang disyaki pesalah dadah telah ditangkap kerana penglibatan mereka dalam transaksi dadah melalui aplikasi 'chat'.



Dalam satu kenyataan CNB pada Khamis, operasi itu meliputi kawasan seperti Ang Mo Kio, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Marsiling dan Novena.



Secara keseluruhan 9,529 gram ganja; 916 gram 'ice'; 560 gram pil 'Ecstasy'; 320 gram ketamin; 450 pil Erimin-5, 13 lysergic acid diethylamide (LSD); satu botol gamma-hydroxybutyrate (GHB) dan 122 gram bahan yang dipercayai dadah terkawal telah dirampas.



Menurut CNB, pegawainya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di kolong blok sebuah kediaman di sekitar Haig Road pada 11 April kerana disyaki mengedar dadah.



Ketika ditahan, kira-kira 783 gram ganja, 117 gram 'ice', 97 gram pil Ecstasy, 60 pil Erimin-5 dan 13 LSD telah dirampas oleh pegawai di kolong blok tersebut.



Lelaki itu kemudian diiringi ke unit kediaman dan 8,519 gram ganja; 766 gram 'ice', 461 gram pil Ecstasy, 320 gram ketamin, 390 pil Erimin-5, 56 LSD, 122 gram bahan yang berkemungkinan dadah terkawal, dan pelbagai peralatan dadah telah ditemui dalam unit kediaman itu.



Dalam satu lagi operasi pada Selasa, seorang wanita warga Singapura berusia 24 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah di sebuah unit kediaman di sekitar Compassvale Link, di mana 2.3 gram ganja dan pelbagai peralatan dadah ditemui dalam unit kediaman itu.



Sehari kemudian, seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun telah ditahan di sebuah unit kediaman di sekitar Choa Chu Kang Crescent.



Selepas pemeriksaan di unit berkenaan, 2.8 gram ganja ditemui.



Superintenden Stanley Seah, timbalan pengarah divisyen perisikan CNB, menyatakan penggunaan aplikasi 'chat' yang membenarkan komunikasi disulitkan, seperti Telegram, telah menjadi semakin popular di kalangan pesalah dadah untuk membeli dan menjual dadah terlarang.



Beliau berkata: "Ramai pesalah dadah ini berpendapat bahawa aplikasi 'chat' sebegitu akan membolehkan mereka berurus niaga tanpa nama.



"Pendapat mereka ternyata meleset sama sekali."



Adalah satu kesalahan bagi seseorang untuk mengedar dadah terkawal, atau menawarkan untuk mengedarnya bagi pihaknya atau sesiapa sahaja, kata CNB.



Ia juga merupakan satu kesalahan untuk melakukan atau menawarkan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kepada atau untuk tujuan mengedar dadah terkawal.



Seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 250 gram 'ice' atau 500 gram kanabis berdepan dengan hukuman mati.



Siasatan terhadap aktiviti dadah bagi semua suspek yang ditahan sedang dijalankan.




"Ramai pesalah dadah ini berpendapat bahawa aplikasi 'chat' sebegitu akan membolehkan mereka berurus niaga tanpa nama. Pendapat mereka ternyata meleset sama sekali."
- Superintenden Stanley Seah, timbalan pengarah divisyen perisikan CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >