Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB: Wujud generasi baru penagih dadah, ganja lebih gian

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT satu generasi penagih ganja baru yang semakin bertambah di serata dunia, sedang potensi atau kepekatan bahan ganja yang membuat penggunanya menjadi gian juga didapati naik mendadak.



Demikian didedahkan satu kajian diterbit Isnin lalu yang turut mendapati bukti mengaitkan potensi ganja kepada ketagihan dan masalah kesihatan mental semakin jelas.



Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu pos di Facebook turut menyiarkan dapatan kajian itu semalam.



Semakan kajian yang diterbitkan jurnal perubatan Lancet Psychiatry, bertajuk Kaitan potensi ganja dengan ketagihan dan penyakit kesihatan mental mendapati kepekatan lebih tinggi THC atau tetrahydrocannabinol menyebabkan lebih ramai orang ketagih dengan ganja di serata dunia.



THC itu merujuk kepada bahan yang berasal daripada pokok ganja yang membuat penggunanya gian.



Kajian itu mendapati, berbanding mereka yang menggunakan produk ganja potensi lebih rendah (selalunya 5-10 miligram bagi setiap gram THC), penggunaan produk ganja potensi tinggi dikaitkan dengan kenaikan risiko ketagihan sebanyak empat kali ganda.



Di Amerika Syarikat, Institut Nasional bagi Penagihan Dadah (Nida) menetapkan 5 miligram THC sebagai "unit THC standard" bagi urusan kajian dan jumlah itu dikatakan berupaya membuat pengguna ganja yang jarang menggunakannya mengalami mabuk ringan.



Kajian itu juga mendedahkan, paras THC dalam resin ganja naik kira-kira 5.7 miligram setiap tahun dari 1975 hingga 2017, menjadikan produk ganja potensi tinggi mempunyai paras kepekatan THC teramat tinggi.



Mengulas kajian itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata penagih dadah yang sedang pulih dan ditemuinya memberitahu bahawa mereka terjebak dalam kancah dadah sebab mereka menjangka boleh mengawal diri daripada ketagihan.



"Ramai belia yang saya temui berkata mereka mempunyai idea melampau dan sangat terpengaruh dengan adegan penggunaan dadah dalam media Barat.



"Justeru, adalah penting untuk melengkapi belia kita dengan maklumat relevan supaya mereka tahu tentang kesan berbahaya dadah dan mengamalkan gaya hidup bebas daripada dadah," tegas Dr Faishal.



CNB melaporkan Februari lalu bahawa rampasan ganja mencatatkan kenaikan setinggi 144% daripada 43.10 kilo pada 2020 kepada 105.18 kilo pada 2021.



Methamphetamine, heroin, dan ganja adalah antara tiga jenis dadah yang paling sering diguna penagih tahun lalu dengan 92 peratus penagih dadah ditangkap menyalahgunakan sekurang-kurangnya satu daripada dadah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >