Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelGro perkenal bayaran platform 70 sen mulai Jul

Jun 20, 2023 | 06:04 PM



Penumpang yang menempah teksi, kereta sewa privet (PHV) atau khidmat limo melalui aplikasi CDG Zig ComfortDelGro akan dikenakan bayaran platform sebanyak 70 sen mulai 1 Julai.

Dalam satu catatan Facebook pada Isnin, ComfortDelGro berkata ia memperkenal bayaran platform bagi tempahan melalui aplikasi supaya ia boleh terus meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P).

Menurut syarikat itu, ia sentiasa menambah baik aplikasi CDG Zig dengan memperkenal ciri dan perkhidmatan seperti tawaran pedagang, tempahan restoran dan sewa bas privet.

Penumpang yang menahan teksi di tepi jalan atau menempah teksi menerusi panggilan telefon atau mesej tidak akan dikenakan bayaran platform baru itu.

ComfortDelGro adalah pengendali teksi terbesar di Singapura yang mempunyai 8,840 teksi pada April, atau kira-kira 63 peratus daripada jumlah teksi di Singapura. Ia juga memiliki kira-kira 600 PHV dan kira-kira 4,000 pemandu PHV di platform CDG Zig.

Syarikat kereta sewa privet Grab, Gojek, Tada dan Ryde semuanya mengenakan bayaran platform dalam jumlah berbeza-beza, dan bayaran itu semuanya diambil oleh syarikat itu.

Selain ComfortDelGro, Gojek juga mengumumkan pada Isnin ia akan menggantikan tambang tetap platformnya sebanyak 70 sen dengan cara baru, iaitu tambang berperingkat berdasarkan faktor seperti tempoh dan jarak perjalanan mulai 3 Julai. Dengan ini, penumpang boleh menjangka tambang sebanyak 10 sen lebih rendah atau 30 sen lebih tinggi.

Dalam satu kenyataannya, Gojek berkata ia “percaya struktur ini mencerminkan perjalanan lebih tepat oleh orang ramai di platformnya, dan membantu memastikan harga kekal adil dan berdaya saing”.

Gojek juga akan menaikkan tambang permulaan bagi perkhidmatan Premium, XL dan XL Kids – satu langkah yang dikatakan bertujuan memberi bayaran kepada pemandu dengan lebih adil.

Tambang permulaan bagi Gojek Premium, iaitu perjalanan menggunakan model kenderaan mewah, akan meningkat $6.45 antara tengah malam dan 5.59 pagi, dan 45 sen pada waktu lain.

Tambang permulaan bagi perkhidmatan XL dan XL Kids Gojek, yang membolehkan hingga enam penumpang, akan meningkat 30 sen.

Sementara itu, kenaikan sekali sahaja tambang teksi yang diperkenal sebagai kenaikan sementara pada April 2022 berikutan harga minyak melambung tinggi pada masa itu, akan dilanjutkan hingga 30 Jun 2024.

Turut dilanjutkan hingga 30 Jun 2024 ialah bayaran sementara yang dikenakan Gojek dan Tada ke atas penumpang sejak 2022 untuk membantu pemandu mengatasi harga minyak dan perbelanjaan lain lebih tinggi.

‘Bayaran pemandu’ Gojek ialah 50 sen untuk perjalanan kurang dari 10 kilometer, dan 80 sen bagi perjalanan melebihi 10 kilometer. Tada mengenakan bayaran pemandu 50 sen untuk perjalanan yang tambangnya $18 dan ke bawah, dan 80 sen bagi perjalanan berharga $18.10 dan ke atas.

Kedua-dua platform itu berkata bayaran itu disalurkan kepada pemandu sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >