Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COP: Ada keterangan Sylvia bantu siasatan tapi beliau tidak beritahu perkara sebenar dalam beberapa hal

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA aspek dalam keterangan Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, membantu dan diambil kira Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) dalam siasatannya mengenai kes pembohongan bekas Anggota Parlimen GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, di Parlimen.



Pada masa sama, jawatankuasa itu mendapati Cik Lim tidak memberitahu kedudukan sebenar mengenai beberapa hal lain, seperti pertemuan ketua parti dengan Cik Raeesah, yang telah berhenti menjadi anggota WP, pada 8 Ogos.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai dapatan yang membantu siasatan, jawatankuasa itu berkata Cik Lim membentangkan nota salinan yang ditulisnya semasa wawancara panel disiplin WP bersama Cik Raeesah pada 29 November.



Nota salinan itu, kata jawatankuasa itu, adalah antara bukti bahawa ketua WP, Encik Pritam Singh, telah memberi panduan kepada Cik Raeesah supaya meneruskan pembohongannya pada 3 Oktober.



Antara lain, nota itu menunjukkan Encik Pritam berkata "Sebelum sesi Oktober, saya telah bertemu anda + memberitahu anda bahawa anda yang harus membuat keputusan itu."



"Jawatankuasa ini hanya mengetahui mengenai hal ini selepas Cik Lim mengemukakan nota salinannya kepada jawatankuasa ini pada 13 Disember," ujar laporan itu.



"Cik Lim membentangkan ini secara sukarela. Sebelum ini, jawatankuasa ini tidak tahu mengenai adanya nota salinan semasa wawancara panel disiplin.



"Cik Lim menarik perhatian jawatankuasa ini kepada, khususnya bahagian nota yang menunjukkan Encik Singh berkata pada 29 November kepada Cik Raeesah bahawa pada 3 Oktober, beliau memberinya pilihan untuk memberitahu perkara sebenar atau tidak."



Jawatankuasa itu menambah bahawa sebagai seorang peguam dan Pengerusi WP, Cik Lim tahu dan sedar kesan bukti sedemikian dan ia akan menjejas keterangan yang diberi oleh Encik Singh kerana ia bercanggah dengan hujah Encik Singh bahawa beliau tidak memberi Cik Raeesah sebarang pilihan.



Jawatankuasa itu juga mendapati Cik Lim jelas dalam keterangannya bahawa pilihan untuk memberitahu perkara sebenar atau tidak tidak boleh diberi kepada AP - sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dilakukan Encik Singh.



"Hakikat bahawa Cik Lim bersedia secara sukarela mengetengahkan bukti ini, yang boleh merosakkan Ketua Partinya, adalah relevan dan harus dipertimbangkan (pada pandangan jawatankuasa ini) oleh Parlimen dalam menilai kedudukan Cik Lim," ujar laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >