Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COP dapati tuduhan Pritam atas dua anggota WP 'dikesali, memalukan'

Cop
Feb 11, 2022 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Hak Istimewa (COP) Parlimen mendapati tindakan Encik Pritam Singh menuduh dua anggota Parti Pekerja (WP), Cik Loh Pei Ying dan Encik Yudhishthra Nathan, berbohong semasa memberi keterangan sebagai 'dikesalkan' dan 'kelakuan yang agak memalukan'.



Encik Pritam juga memberitahu COP Cik Raeesah menghidap isu kesihatan mental dan mungkin tidak bercakap benar kepada Cik Loh dan Encik Nathan. Namun dakwaan itu disangkal pakar psikiarti bebas Dr Christopher Cheok, yang telah memeriksa Cik Raeesah.



Jawatankuasa itu mendapati Cik Loh dan Encik Nathan sebagai jujur dan boleh dipercayai dalam keterangan mereka.



Kedua-dua mereka juga menyifatkan pembentukan panel disiplin WP sebagai memenuhi keperluan pemimpin parti itu, memandangkan pemimpin itu tidak mendedahkan pelibatan peribadi mereka dalam kes itu.



Berkaitan tuduhan Encik Pritam itu, laporan COP berkata:



"Adalah dikesali bahawa Encik Pritam menyerang dua orang muda itu, yang bercakap benar.



"Ini tidak (mencerminkan) sikap Anggota Parlimen, dan kelakuan yang agak memalukan, bagi pihak Encik Pritam, untuk menuduh mereka berbohong.



"Jawatankuasa ini menerima keterangan Cik Loh dan Encik Nathan. Jawatankuasa ini mendapati Cik Loh dan Encik Nathan jujur dan boleh dipercayai dalam keterangan mereka.



"Keterangan mereka konsisten dengan bukti dan tindakan semasa.



"Keterangan Encik Pritam (pula) tidak konsisten dengan kelakuannya atau bukti semasa," ujar laporan itu.



Malah, Encik Pritam mendakwa Cik Loh dan Encik Nathan mempunyai "tanggapan serong" dan berkata mereka boleh berbohong dalam keterangan mereka kepada COP (mengenai apa yang diceritakan Encik Pritam kepada mereka pada 12 Oktober), "atas sebab kesetiaan" kepada Cik Raeesah.



Namun COP mendapati Cik Loh dan Encik Nathan sebagai saksi yang jujur.



Bahkan mereka tidak mempunyai keuntungan dengan berbohong, dan mengalami banyak kerugian dengan menyatakan kebenaran.



Selain itu, kedua-duanya adalah kader WP dan dipandang tinggi dan dipercayai oleh kepimpinan parti itu.



Cik Loh dan Encik Nathan juga akur akan kesan daripada apa yang mereka kongsikan dan jelas ia menyedihkan mereka.



Sementara itu, COP juga menyatakan bahawa Encik Pritam cuba melemparkan fitnah terhadap Cik Raeesah (mengenai kesihatan mentalnya); dan kepada Cik Loh dan Encik Nathan (menuduh bahawa mereka pembohong).



"Beliau berbuat demikian, dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya, dan mengelak tanggungjawab atas kelakuannya sendiri," ujar laporan COP itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >