Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 15 kes baru, termasuk 1 di dormitori

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 15 kes baru Covid-19 yang disahkan sehingga tengah hari semalam, termasuk satu di dormitori pekerja asing.



Lagi 14 kes merupakan kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Ruamh (SHN) setibanya di Singapura.



Tiada kes baru jangkitan dalam masyarakat dilaporkan, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Singapura sebanyak 59,747.



Pada Selasa, seorang kru kabin Singapore Airlines (SIA) berusia 41 tahun yang berada dalam penerbangan pusingan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan tidak turun dari pesawat ketika berada di destinasi luar negara diuji positif Covid-19.



Pramugari warga Singapura itu merupakan individu kelima dalam atas pesawat tersebut yang didapati positif bagi koronavirus tersebut.



Kelima-lima mereka juga didapati positif bagi varian B117 dalam ujian awal, kata MOH.



Varian B117 merupakan jenis jangkitan koronavirus yang lebih mudah menjangkiti orang lain dan kali pertama dilaporkan di United Kingdom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >