Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 15 meninggal, jumlah jangkitan 3,432

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 15 orang berusia antara 62 dengan 98 tahun meninggal dunia akibat Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Kesemuanya mempunyai masalah kesihatan lain, menurut MOH, tanpa memberi maklumat lanjut.



Dengan ini, kematian akibat Covid-19 di Singapura berjumlah 364 orang.



Kelmarin hari ke-39 kematian Covid-19 dilaporkan berturut-turut.



Terdapat 3,432 kes baru Covid-19, menurut MOH, merangkumi 3,171 kes dalam masyarakat, 252 pekerja migran di dormitori dan sembilan kes import. Kadar tumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.13.



Dalam satu kenyataan berlainan, MOH memberitahu akhbar The Straits Times pada Selasa lalu bahawa terdapat satu kes import yang telah disahkan mempunyai subvarian AY.4.2 Delta.



MOH berkata tiada bukti yang menunjukkan jangkitan itu menular kepada masyarakat.



MOH menambah AY.4.2 bukan varian baru, tetapi ia subvarian daripada varian Delta. Sementara kesannya masih dikaji, AY.4.2 pada masa ini dijangka serupa dengan subvarian Delta lain dari segi jangkitan dan keterukan penyakit.



MOH berkata ia telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian penting, tetapi bukan varian yang membimbangkan.



Sementara itu, bagi kes dalam masyarakat, mereka termasuk 545 orang yang berusia lebih 60 tahun.



Kes Covid-19 di Singapura kini berjumlah 187,851. Terdapat 294 daripada mereka memerlukan sokongan oksigen. Pesakit di unit jagaan rapi (ICU) berjumlah 75 orang, sementara 61 dalam keadaan kritikal di ICU. Kadar penggunaan ICU kini telah turun 72.8 peratus daripada 79.8 peratus pada hari sebelumnya.



Di samping itu, kelompok besar yang dipantau rapat oleh MOH iaitu Institut Kesihatan Mental (IMH), mempunyai empat kes baru. Terdapat 158 kes yang berkaitan dengannya. Daripada bilangan ini 12 adalah kakitangan dan bakinya adalah pesakit. Kelompok itu dilaporkan buat pertama kali pada Isnin lalu.



Kelompok lain pula termasuk prasekolah PCF@Sparkletots @ Whampoa Blok 85, Maple Bear Loyang; rumah masyarakat bagi warga emas AWWA di Ang Mo Kio; rumah jagaan warga emas, Bukit Batok Home for the Aged; dan United Medical Centre di Toa Payoh, yang tambahan kes baru masing-masing adalah antara satu hingga tiga.



Hingga kelmarin, 20,202 pesakit masih menjalani pemulihan di rumah, 4,581 di kemudahan masyarakat, 942 di kemudahan rawatan Covid-19 dan 1,732 dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian, tambah MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >