Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 16 pembantu rumah asing antara 25 kes import baru

Jan 27, 2021 | 09:55 PM



SEBILANGAN besar daripada 25 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Rabu (27 Januari) adalah pembantu rumah asing.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam menjelaskan 16 pembantu rumah asing ini merupakan antara 18 pemegang permit kerja dari India, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang positif Covid-19.



Dalam kalangan 25 kes import ini, empat merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura dengan sejarah perjalanan dari India dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Satu kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari India.



Dua pemegang pas kerja dari India dan UAE turut dikenal pasti sebagai positif Covid-19.



Kesemua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif Covid-19 dalam tempoh tersebut.



Tiada kes dormitori atau masyarakat dikesan.



Secara menyeluruh, bilangan kes baru dalam masyarakat berkurangan dari 18 kes pada minggu sebelumnya kepada lima kes pada minggu selepas itu. Bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat juga merosot dari enam kes pada minggu sebelum ini kepada satu kes pada minggu selanjutnya.



MOH menambah, ia akan memantau secara rapi bilangan kes ini di samping yang telah dikenal pasti menerusi program pemantauan.



MOH juga menambah lagi 18 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 38 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >