Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2 kelompok jangkitan baru di Redhill Close, berkaitan dengan pembantu rumah

Jun 22, 2021 | 11:27 PM



DUA kelompok jangkitan Covid-19 baru terbentuk pada Selasa (22 Jun), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Kelompok tersebut terdiri daripada satu kelompok di 90 Redhill Close dan satu lagi berkaitan dengan pembantu rumah migran yang diuji positif bagi koronavirus pada 14 Jun.



Kes yang berkait dengan kelompok 90 Redhill Close termasuk wanita pesara berusia 69 tahun. Beliau adalah anggota keluarga dan kontak isi rumah pesara berusia 79 tahun yang kini merupakan kes tiada kaitan.



Wanita ini sakit tekak, terasa mual dan muntah-muntah pada Isnin serta mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura (SGH) pada hari yang sama.



Beliau diuji positif Covid-19 pada Isnin dengan keputusan ujiannya didapati positif pada hari yang sama. Keputusan ujian serologinya yang menunjukkan tempoh betapa terkininya jangkitan tersebut pula negatif.



Tiga lagi kes juga ditambah pada kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View, jelas MOH, menjadikan keseluruhan bilangan kes dalam kelompok ini kini mencecah 81 kes.



Tiga kes baru dalam kelompok ini adalah antara 10 kes baru yang berkaitan dengan kes terdahulu yang didedahkan MOH pada Selasa.



Terdapat lima kes tiada kaitan dan tiga kes import yang disahkan pada Selasa, menjadikan jumlah kes baru pada Selasa ialah 18 kes kesemuanya.



Kini, terdapat 62,448 kes jangkitan Covid-19 sejak pandemik ini melanda Singapura tahun lalu, jelas MOH.



Tiada kes baru di dormitori dikesan buat lapan hari berturut-turut sejak 14 Jun.



Jumlah keseluruhan kes masyarakat bagi minggu lalu ialah 104 kes, tambahan pada 60 kes yang dilaporkan buat minggu sebelumnya. Bilangan kes tiada kaitan pada minggu lalu pula ialah 21 kes, tambahan pada 17 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.



Kini, terdapat 38 kelompok jangkitan aktif termasuk dua kelompok baru.



MOH menambah, sehingga tengah hari Selasa, 142 pesakit masih dirawat di hospital, dua daripadanya dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi, sementara 173 kes yang lain masih beransur pulih di kemudahan masyarakat.



Sebanyak 35 kematian berpunca daripada kesulitan Covid-19 yang dilaporkan sementara 15 kes lain yang diuji positif Covid-19 pula meninggal kerana sebab lain.



Kes kematian terkini melibatkan lelaki 44 tahun yang meninggal dunia pada Ahad kerana komplikasi Covid-19. Beliau dirawat di Hospital Alexandra sejak 25 Mei.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >