Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2 kes baru masyarakat S'pura guru tuisyen di Yishun, pekerja PSA Corporation

Feb 25, 2021 | 11:20 PM



SEORANG guru tuisyen di pusat pendidikan Berries World of Learning School di 18 Yishun Avenue 9 adalah antara dua kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dikesan pada Khamis (25 Februari).



Penduduk Tetap (PR) Singapura yang berusia 27 tahun ini mula selesema pada 23 Februari selepas kerja dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik umum keesokan harinya di mana beliau menjalani ujian Covid-19.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Khamis malam, berkata ujian itu adalah sebagai sebahagian ujian masyarakat yang diperkukuh buat semua individu berusia 13 tahun ke atas yang menampakkan tanda jangkitan pernafasan akut kali pertama bertemu doktor.



Beliau disahkan positif Covid-19 pada 25 Februari dan digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dengan ambulans.



Keputusan ujian serologinya masih dinantikan.



Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, cawangan Yishun Berries World of Learning School ditutup hingga 28 Februari bagi proses pembersihan dan penyahjangkitan.



Satu lagi kes masyarakat yang dikesan melibatkan lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun yang memiliki permit kerja dan bertugas di PSA Corporation Ltd sebagai spesialis tali pengikat. Beliau tiba dari Malaysia pada 23 Disember 2020 dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus hingga 6 Januari 2021.



Ujian swab yang dijalani pada 3 Januari sewaktu SHN disahkan negatif. Beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan selepas menjalani Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) pada 21 Februari. 



Keputusan ujian terkumpulnya pada keesokan hari positif Covid-19. Satu ujian individu dikendalikan apda 23 Februari dengan beliau disahkan menghidap koronavirus pada 24 Februari.



Beliau kemudian dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.



Ujian awalnya daripada RRT, yang terakhir pada 13 Februari, negatif Covid-19. Ujian serologinya positif dengan gambaran kemungkinan wujud jangkitan baru.



Beliau telah menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, buat kali pertama pada 22 Januari disusuli dos kedua pada 14 Februari.



Menurut MOH, keadaan itu membawa pada ujian serologi yang positif kerana beliau kemungkinan sudah mula menghasilkan antibodi menyusuli vaksinasi. Bagaimanapun, memandangkan kebiasaannya ia mengambil masa beberapa minggu bagi seseorang individu membangun daya tahannya selepas tamat vaksinasi, lelaki ini kemungkinan dijangkiti sebelum beliau mendapatkan pelindungan selepas vaksinasi.



Buat masa ini, semua kontak rapat dua kes ini termasuk anggota keluarga dan rakan sekerja sudah diasingkan dan dikuarantin. Mereka akan diuji pada awal dan akhir tempoh kuarantin agar MOH dapat mengesan sebarang kes tanpa tanda jangkitan. 



Ujian serologi juga akan dikendalikan bagi kontak rapat ini bagi menentukan jika kes-kes itu dijangkiti mereka.



MOH turut mengenal pasti lapan kes import pada Khamis. Tiada kes dormitori dikesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >