Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3,190 kes baru; 9 kematian termasuk individu 52 tahun

Oct 13, 2021 | 11:41 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesan sejumlah 3,190 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Rabu (13 Oktober), dengan 2,686 kes tersebut merupakan dalam kalangan masyarakat.



Sejumlah 498 kes pula melibatkan penghuni dormitori manakala enam kes merupakan kes import. Daripada jumlah kes baru ini, MOH, dalam kenyataannya pada Rabu malam menjelaskan 553 daripadanya merupakan warga emas berusia melebihi 60 tahun.



Dalam pada itu, sembilan lagi kes meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19. Mereka terdiri daripada enam lelaki Singapura dan tiga wanita Singapura, berusia antara 52 dengan 98 tahun.



Dalam kalangan kes kematian ini, enam kes belum lagi menjalani vaksinasi manakala satu kes pula sudah lengkap divaksin. Baki dua kes baru menerima suntikan pertama termasuk individu berusia 52 tahun yang mempunyai pelbagai kondisi perubatan.



Salah satu kes yang belum divaksin pula tiada sejarah penyakit.



MOH menjelaskan dalam kalangan mereka yang meninggal sepanjang 28 hari lalu, 24.1 peratus sudah lengkap divaksin manakala 75.9 peratus pula belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan vaksin. 



Jumlah kematian di Singapura kerana komplikasi Covid-19 mencecah 192 kes sejak pandemik ini bermula tahun lalu. Ini adalah hari ke-24 berturut-turut di mana kes kematian dilaporkan manakala 97 kes kematian dilaporkan sejauh ini pada Oktober.



Sejak pandemik bermula tahun lalu, jumlah jangkitan di Singapura mencecah 135,395 kes sejauh ini.



Buat masa ini, 1,507 kes dirawat di hospital. Daripada jumlah ini, 300 kes memerlukan sokongan oksigen manakala 46 kes dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Terdapat 17,080 kes kini melalui pemulihan di rumah, manakala 2,885 kes dirawat di Kemudahan Jagaan Masyarakat dengan 473 kes pula mendapat jagaan di Kemudahan Rawatan Covid-19.



Sejauh ini, 487,673 individu sudah menerima suntikan penggalak Covid-19 mereka dengan lagi 117,000 sudah membuat janji temu bagi suntikan tersebut.



MOH juga menjelaskan ia memantau rapi dua kelompok besar yang sudah dikekang menerusi proses menjejak, menguji dan mengasingkan.



Kelompok Pusat Borong Pasir Panjang kini mempunyai 369 kes dengan tambahan dua kes baru pada Rabu. Jangkitan di pusat ini adalah dalam kalangan pekerja dan pengunjung berdagang. Daripada 369 kes ini, 340 kes merupakan pekerja di pasar, empat kes adalah pengunjung pedagang manakala 25 kes adalah anggota isi rumah individu yang sudah dijangkiti.



Kelompok rumah kebajikan MWS Christalite Methodist pula mempunyai 95 kes kini dengan tambahan dua kes baru. Jangkitan adalah dalam kalangan kakitangan dan penduduk. 11 daripadanya adalah kakitangan rumah tersebut manakala 84 kes adalah penghuni di situ. Kes baru yang dikesan sudah pun diasingkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >