Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 39 kes baru; 4 masyarakat; 35 import

Apr 17, 2021 | 04:35 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesan sebanyak 39 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Sabtu (17 April).



Empat daripadanya merupakan kes masyarakat dengan baki 35 kes merupakan kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Daripada 35 kes import ini, 10 adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura manakala lapan kes pula adalah pembantu rumah asing.



Dalam kenyataannya pada Sabtu (17 April), MOH mendedahkan tiada kes dormitori dikesan.



“Kes-kes masyarakat terkini adalah peringatan jelas bahawa virus ini belum diluputkan sepenuhnya dengan kes baru atau kelompok baru boleh dengan mudah wujud dalam masyarakat kita jika kita bersikap sambil lewa.



“Kami justeru itu menggesa kepada semua orang termasuk yang sudah menjalani vaksinasi Covid-19 agar terus mengamalkan tanggungjawab sosial dan terus akur pada disiplin kita dalam mematuhi langkah pengurusan selamat.



“Ini lebih genting sedang kita kembali menyambung semula dan dan menambah bilangan hadirin bagi aktiviti pada Fasa 3 pembukaan semula (ekonomi Singapura) serta melihat interaksi dalam masyarakat bertambah.



“Secara bersama, kita harus berusaha mengelakkan tambahan kes yang tidak terkawal yang mungkin memerlukan kita mengetatkan langkah keselamatan,” jelas MOH.



Pada Jumaat (16 April), dua kes masyarakat melibatkan lelaki warga Indonesia yang menemani bapanya bagi rawatan perubatan dan felo penyelidikan kanan Universiti Nasional Singapura (NUS) dikenal pasti.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >