Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 70 kes baru di S’pura, 41 kes import

Mar 28, 2020 | 10:31 PM



SEBANYAK 70 kes jangkitan Covid-19 yang baru disahkan sehingga 12 tengah hari tadi (28 Mac), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi satu kenyataan.



Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara ini kepada 802 kes. 



Jumlah ini termasuk 41 kes import dengan pesakit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Asean dan negara lain di Asia.



Baki 29 kes baru merupakan jangkitan tempatan, kata MOH. 



Antara kes baru diumumkan adalah satu kes baru berkait dengan kelompok di prasekolah PCF Sparkletots di Fengshan. Kini terdapat 26 kes berkait dengan prasekolah itu.



Dua lagi kes baru dikaitkan dengan kelompok baru di Pusat SingPost, yang diumumkan pada Jumaat (27 Mac), bermakna sudah ada lima kes jangkitan yang terkait. 



Sementara itu, 15 kes sudah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih mencapai 198 orang. 



 





Awal dari ini, pemerintah berkata para pemegang pas lawatan jangka panjang (LTVP), termasuk mereka yang telah diberikan keizinan prinsip (IPA) untuk LTVP, dan pemegang pas pelajar (STP) perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum memasuki Singapura mulai 11.59 malam ini.



 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >