Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Banduan penjara Changi, pembantu jururawat di Orange Valley antara 4 kes baru masyarakat

Jun 10, 2021 | 11:39 PM



SEORANG banduan yang menjalani hukuman penjara di Kompleks Penjara Changi adalah antara dua kes masyarakat yang berkaitan dengan kes sebelum ini yang dikesan pada Khamis (10 Jun).



Keseluruhannya terdapat empat kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat dikenal pasti dengan baki sembilan kes baru pula merupakan kes import.



Lelaki warga Singapura berusia 40 tahun itu adalah kontak kes sebelum ini yang dikuarantin pada 13 Mei dan mula batuk dan sakit tekak pada 7 Jun sebelum disahkan positif Covid-19 pada 8 Jun.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Khamis malam (10 Jun) berkata lelaki ini menjalani ujian Covid-19 secara tetap sewaktu tempoh kuarantin dan buat sementara ini turut didapati positif varian Delta yang lebih mudah menjangkiti.



Satu lagi kes yang berkaitan dengan kes sebelum ini melibatkan warga Malaysia yang bekerja sebagai pembuat roti di St Leaven (Takashimaya). Beliau tidak menampakkan tanda jangkitan dan dikesan apabila beliau menjalani ujian Covid-19 atas arahan majikannya pada 7 Jun.



Beliau adalah anggota keluarga dan kontak isi rumah kes sebelum ini yang merupakan penolong runcit di kedai roti Four Leaves di ION Orchard dan Ang Mo Kio Hub.



Dalam pada itu, dua kes masyarakat yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini melibatkan pembantu kejururawatan berusia 29 tahun di Rumah Rawatan Orange Valley di Balestier dan warga emas berusia 74 tahun yang bekerja di kedai runcit di pasar dan pusat makanan di 115 Bukit Merah View.



Memandangkan tiada lagi kes berkait dengan kelompok Grab bagi dua tempoh inkubasi (28 hari), kelompok ini telah ditutup, jelas MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >