Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 dalam air sisa: Stesen ujian swab ditubuh di asrama NUS

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



STESEN ujian swab telah ditubuhkan di sebuah asrama di Universiti Nasional Singapura (NUS) pagi semalam setelah terdapat cebisan Covid-19 dikesan dalam air sisa di sana.



Penghuni di 13 unit di bahagian Menara Utara di Bandar Universiti (UTown) yang terjejas oleh pemindahan tersebut telah diberitahu bahawa mereka tidak boleh keluar dari rumah sehingga keputusannya diterima.



Menurut laporan The Straits Times (ST), unit-unit itu telah dikepung daripada seluruh hostel itu.



Dalam surat yang ditujukan kepada pelajar terjejas, yang dilihat oleh ST, NUS berkata Kementerian Kesihatan (MOH) menghendaki semua penghuni di apartmen itu agar menjalani ujian swab polimerase (PCR) sebagai langkah pencegahan.



Pelajar harus pergi ke ruang legar untuk menjalani ujian di slot yang diperuntukkan di antara tengah hari dengan 4 petang semalam, dan membawa telefon bimbit, Kad Pelajar NUS dan Kad Pengenalan atau Pas Pelajar.



"Hasil ujian swab anda akan diketahui dalam dua hingga tiga hari.



"Selepas itu, kami akan memberikan panduan lebih lanjut bergantung pada hasil ujian swab itu," kata NUS.



Sementara itu, pelajar yang terlibat diarahkan untuk mengikuti kelas dalam talian, ujar laporan itu.



Mereka boleh meninggalkan bilik asrama sebentar sahaja untuk aktiviti penting seperti menggunakan bilik mandi, mencuci pakaian dan menerima pesanan makanan.



Mereka juga perlu mengisytiharkan suhu mereka dua kali sehari melalui platform dalam talian NUS dan mengelakkan hubungan fizikal dengan orang lain.



Para pelajar itu tidak dibenarkan menerima pengunjung.



Kata ST, para pelajar dari Menara Utara memberitahu akhbar itu bahawa kebanyakan penghuni di sana adalah pelajar antarabangsa dan pos siswazah.



Kebanyakan unit mempunyai empat bilik tidur, bilik mandi yang dikongsi dan ruang pantri, kata mereka.



Dalam surat itu, NUS berkata pihak berkuasa telah mengesan tahap rendah asid ribonukleik virus (RNA) Covid-19 dalam sampel air sisa yang dikumpulkan pada Sabtu lalu, di antara pukul 11 pagi dengan 5 petang.



Pelajar NUS dimaklumkan tahun lalu bahawa air sisa mereka akan diperiksa sebagai langkah berjaga-jaga untuk Covid-19.



"Saya tahu mereka sedang memantau, tetapi saya tidak pernah menyangka mereka akan menemui apa-apa," kata seorang penghuni di Menara Utara, iaitu seorang pelajar PhD kejuruteraan kimia berusia 26 tahun yang enggan namanya disebut.



"Pada masa yang sama saya fikir apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >