Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di SG: 7 kes import, 1 di dormitori

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



TERDAPAT lapan kes Covid-19 baru yang disahkan hingga tengah hari semalam, membawa jumlah keseluruhan kes di Singapura kepada 58,305.



Ini termasuk tujuh kes diimport yang telah diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Terdapat satu kes baru di dormitori pekerja dan tiada kes dalam masyarakat.



Kelmarin, polis berkata seramai 53 orang telah didakwa di mahkamah Rabu lalu kerana melanggar langkah jarak selamat yang bertujuan mengehadkan penularan Covid-19.



Seramai 34 lelaki dan 19 wanita, berusia antara 20 tahun dengan 75 tahun, didakwa di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19.



Perhimpunan terbesar melibatkan 26 orang yang didakwa berjudi dalam sebuah unit di Geylang Road.



Mereka ditangkap sewaktu operasi anti-jenayah polis pada 1 Disember.



Sementara itu, dua remaja warga Singapura merupakan antara enam kes Covid-19 baru yang diumumkan kelmarin, di mana kesemuanya diimport, kata MOH.



Mereka berusia 18 dan 19 tahun yang pulang dari Britain dan asimptomatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >