Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 682 kes baru; 5 kematian

Dec 09, 2021 | 11:54 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 682 kes jangkitan Covid-19 baru dan lima kes kematian berpunca daripada komplikasi jangkitan ini di Singapura pada Khamis (9 Disember).



Jumlah kes harian merosot daripada 709 kes jangkitan Covid-19 baru yang dilaporkan pada Rabu. Jumlah kematian pada Rabu pula adalah tiga kes.



Selama seminggu atau tujuh hari berturut-turut, angka kes jangkitan baru merosot di bawah 1,000 kes, jelas perangkaan yang diterbitkan laman web MOH.



Menurutnya lagi, dalam kalangan kes baru itu, 649 daripadanya merupakan kes masyarakat manakala 16 kes dikesan di dormitori pekerja migran. Baki 17 kes adalah kes import.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah pada paras 50 peratus, meningkat sedikit daripada 49.8 peratus pada Rabu.



Terdapat 666 kes yang masih dirawat di hospital dengan 40 kes berada dalam keadaan tenat manakala 11 kes dipantau rapi. 111 kes pula memerlukan sokongan oksigen.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 pada Khamis adalah 0.58, merosot sedikit daripada 0.61 pada Rabu. Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan angka jangkitan mingguan kes Covid-19 baru merosot.



Ini adalah hari ke-27 berturut-turut di mana kadar pertumbuhannya di bawah angka satu.



MOH tidak memberi butiran lanjut mengenai lima kes kematian yang dilaporkan. Namun, kematian terkini itu membawa pada jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada Covid-19 mencecah 779 kes sejak pandemik bermula tahun lalu.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura kini adalah 271,979 kes sejak pandemik bermula tahun lalu.



Sehingga 8 Disember, peratusan mereka yang menerima suntikan penggalak adalah 29 peratus.



Dalam kalangan penduduk yang layak menerima suntikan, 96 peratus sudah lengkap divaksin. Dalam kalangan keseluruhan penduduk di sini, 87 peratus sudah lengkap divaksin manakala 87 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.



MOH mendedahkan pada Isnin bahawa ia akan berhenti mengeluarkan kenyataan media secara harian mengenai situasi Covid-19 sedang gelombang jangkitan Delta yang ada kini kian surut.



Bagaimanapun, ia akan terus memberi perangkaan terkini di laman web MOH setiap hari.



Ia juga akan terus memberi maklumat awam tentang perkembangan penting termasuk mengenai varian Omicron menerusi kenyataan media secara tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >