Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Empat pegawai RSAF disahkan positif, telah ke Perancis untuk tugas rasmi

Mar 11, 2020 | 09:42 PM



EMPAT pegawai sepenuh masa Pasukan Angkatan Udara Republik Singapura, telah disahkan menghidap penyakit koronavirus setelah pulang dari tugas rasmi di Perancis baru-baru ini, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Mac).



Menurut kenyataan itu, empat askar RSAF itu telah ke Marseille, Perancis dari 15 Februari hingga 7 Mac untuk tugas rasmi dan kemudian telah pulang ke Singapura pada 8 Mac di mana mereka mula menunjukkan simptom jangkitan Covid-19.



Mereka disahkan positif  selepas menjalani pemeriksaan dan disifatkan Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai kes 165, 169, 173 dan 175.



Tiga antara mereka kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) sementara seorang lagi dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.



Semua pegawai RSAF itu tidak memasuki pejabat masing-masing setelah kembali ke Singapura. 



Lagi dua pegawai RSAF sepenuh masa yang terlibat dalam tugas serupa di Perancis juga telah pulang ke Singapura, namun kini sedang dikuarantin di rumah kerana mereka berhubungan rapat dengan empat pegawai yang disahkan positif itu.



Mindef mengatakan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kini telah mengurangkan latihan di luar negara memandangkan keadaan wabak Covid-19 dan akan menyesuaikan latihan dengan sewajarnya.



Semua kakitangan SAF di Singapura dan di luar negara telah diarah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengasingkan diri untuk mengurangkan risiko jangkitan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >