Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes baru dalam masyarakat pekerja logistik di Changi Cargo Megaplex

Feb 05, 2021 | 11:09 PM




SEORANG lelaki warga Singapura berusia 56 tahun merupakan kes baru dalam masyarakat tanpa kaitan yang dilaporkan pada Jumaat (5 Feb).





Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata lelaki itu bekerja sebagai pegawai import di Yusen Logistics dan berpangkalan di Changi Cargo Megaplex 1 di 119 Airport Cargo Road.





Namun, beliau tidak mempunyai interaksi secara langsung dengan penumpang penerbangan.





Lelaki tersebut dikatakan batuk-batuk pada 2 Februari lalu tetapi tidak mendapatkan bantuan perubatan dan terus menjalankan tugasnya.





Oleh kerana beliau telah dikenal pasti sebagai kontak seorang kes tuberkulosis (TB) di tempat kerjanya, beliau dihantar ke Unit Pengawalan Tuberkulosis pada 4 Februari bagi ujian TB.





Beliau juga telah diuji bagi Covid-19 di sana, dan keputusan ujian tersebut didapati positif.





Ujian Covid-19 yang diambilnya sebagai sebahagian ujian bagi pekerja kargo lapangan terbang pada 18 Januari didapati negatif.





Ujian serologinya juga didapati negatif, menunjukkan kemungkinan ini jangkitan semasa, kata MOH.





Sementara itu, seorang lagi kes baru yang menginap di dormitori dilaporkan.





Beliau merupakan seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun dan merupakan pemegang Pas Kerja yang tiba di Singapura pada 13 Disember 2020 dan telah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khas sehingga 27 Disember tahun lalu.





Beliau belum bekerja sejak tiba di Singapura dan menginap di dormitori di 1 Soon Lee Street.





MOH juga melaporkan lagi 23 kes baru yang diimport, kesemuanya sudah diberi SHN.





Tiga merupakan warga Singapura dan dua lagi merupakan Penduduk Tetap (PR) yang tiba dari Canada, India, Iran dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).





Lagi dua kes merupakan pemegang Pas Tanggungan yang tiba dari India dan UAE, empat merupakan pemegang Pas Kerja yang tiba dari India, Russia dan UAE.





Pemegang Permit Kerja - 11 secara keseluruhannya - tiba dari Indonesia dan Myanmar, sementara seorang lagi yang tiba dari Belanda merupakan pemegang Pas Lawatan Jangka Pendek.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >