Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes tunggal di dormitori libatkan pekerja Bangladesh yang sudah terima dua dos suntikan vaksin

Apr 21, 2021 | 01:16 AM



SATU-SATUNYA kes jangkitan Covid-19 baru di dormitori yang dikenal pasti pada Selasa (20 April) melibatkan warga Bangladesh berusia 35 tahun yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.



Beliau menunjukkan tanda jangkitan meskipun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 12 Mac disusuli dengan dos kedua pada 13 April.



Dalam kenyataannya pada Selasa malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lelaki ini bertugas sebagai penyelia binaan di bawah firma Prosper Environment & Engineering. Beliau ke lokasi kerjanya di Sembcorp Marine Admiralty Yard sekitar kawasan Admiralty.



Pemegang permit kerja yang datang ke Singapura pada Julai 2019 ini adalah penghuni dormitori Westlite Woodlands lantas kesnya disifatkan sebagai kes dormitori di 2 Woodlands Sector 2 itu.



MOH mengesan 13 lagi kes Covid-19 baru, kesemuanya import pada Selasa.



Satu kes merupakan warga Singapura manakala dua kes lagi adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang tiba dari India dan Filipina.



Satu kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari Sri Lanka manakala empat kes lain adalah pemegang pas kerja dari India dan Malaysia.



Empat pemegang permit kerja dari Bangladesh, India dan Myanmar juga antara yang dijangkiti dengan koronavirus. Seorang daripadanya adalah pembantu rumah asing.



Baki satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India bagi mengunjungi anggota keluarganya yang merupakan warga Singapura.



Semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >