Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lelaki 63 tahun belum divaksin meninggal; 5 kelompok baru termasuk JEM, pusat spa

JEM
Aug 07, 2021 | 12:06 AM



SEORANG lelaki Singapura berusia 63 tahun meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19 pada Khamis (5 Ogos).



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Jumaat malam, lelaki itu mengalami demam dan batuk pada 3 Ogos dan dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat pada 5 Ogos selepas rebah di rumah.



Beliau disahkan menghidap Covid-19 selepas kematiannya. Lelaki ini belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 dan mempunyai sejarah penyakit jantung, strok, kencing manis, darah tinggi dan kandungan lemak dalam darah.



Dengan pemergiannya, sebanyak 41 kes kematian berpunca dari komplikasi Covid-19 dilaporkan di Singapura.



MOH juga mendedahkan terdapat bukti berterusan yang menekankan vaksinasi membantu dalam mengelakkan penyakit serius apabila seseorang dijangkiti. Sejak 28 hari lalu, 85 kes masyarakat yang memerlukan sokongan oksigen dimasukkan ke ICU atau meninggal dunia.



Seramai 53 kes belum menjalani vaksinasi, 24 kes baru menerima satu suntikan manakala lapan kes sudah mendapatkan vaksinasi penuh.



Dalam pada itu, MOH juga mengumumkan pembentukan lima kelompok jangkitan Covid-19 baru di khidmat katering Elsie's Kitchen, pusat beli-belah JEM, pusat spa Nimble/Knead, syarikat Chee Song Frozen Foods dan orang-perseorangan.



Ini menjadikan jumlah kelompok aktif kini mencecah 126 kelompok keseluruhannya, dengan setiap satu mempunyai antara tiga hingga 1,134 kes.



Dalam pada itu, satu kelompok yang berkaitan dengan Kes 64599 ditutup kerana tiada lagi kes  yang dikesan bagi dua tempoh inkubasi iaitu 28 hari.



Sebanyak 97 kes Covid-19 baru dikesan pada Jumaat dengan 93 kes masyarakat dan empat kes import.



Sebanyak 546 kes, jelas MOH, masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan baik dan dipantau. Terdapat 38 kes berpenyakit serius yang memerlukan sokongan oksigen dengan tujuh kes pula dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU). 



Enam daripada 45 kes ini sudah menjalani vaksinasi penuh. Dari jumlah ini, lima memerlukan sokongan oksigen manakala seorang lagi memerlukan jagaan ICU memandangkan mereka mempunyai penyakit lain.



Seramai 35 warga emas berusia lebih 60 tahun dijangkiti dengan sejumlah 30 kes belum lagi menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan jatuh sakit.



Sehingga 5 Ogos, 67 peratus penduduk Singapura sudah menjalani vaksinasi penuh di bawah program vaksinasi nasional manakala 78 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >