Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pemandu bas penumpang SHN antara 2 kes masyarakat

Feb 08, 2021 | 11:38 PM



SEORANG pemandu bas yang bertugas bersama Cobb & Coach Services Pte Ltd adalah antara dua kes masyarakat Covid-19 yang baru dikesan pada Isnin (8 Februari).



Lelaki berusia 49 tahun itu memandu individu yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dari Lapangan Terbang Changi ke kemudahan SHN khusus. 



Menjelaskan demikian dalam kenyataan pada Isnin malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bas yang dipandu lelaki itu dinyahjangkit bagi setiap perjalanan.



Lelaki ini menampakkan tanda selesema pada 31 Januari tetapi tidak mendapatkan bantuan perubatan. Beliau kemudian dikesan setelah disahkan positif Covid-19 pada 5 Februari sebagai sebahagian Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT).



Hasil ujian terkumpulnya menunjukkan beliau positif Covid-19 pada 6 Februari manakala ujian individu dilakukan pada malam itu juga di Hospital Tan Tock Seng. Hasilnya pada keesokan hari ternyata positif Covid-19 dengan beliau digegaskan dengan ambulans ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Menurut MOH, ujian awalnya daripada RRT - kali terakhir pada 23 Januari - negatif Covid-19. 



Ujian serologinya juga negatif, menandakan kemungkinan wujud jangkitan kini.



Satu lagi kes masyarakat yang dikesan pada Isnin melibatkan warga India berusia 30 tahun yang merupakan pemegang pas kerja. Beliau bertugas sebagai jurutera di Station Satcom Pte Ltd.



Tugasnya melibatkan dirinya menaiki kapal bagi memasang peralatan perhubungan dan teknologi maklumat (IT). 



MOH menambah, awalnya beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat satu kes sebelum ini dan telah dikuarantin dari 13 Januari hingga 24 Januari. Ujian swab yang diambil sewaktu kuarantin pada 13 Januari dan 21 Januari didapati negatif Covid-19.



Beliau mengalami kelelahan pada 4 Februari dan demam keesokan hari tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.



Pada 5 Februari, beliau diuji positif Covid-19 sebagai sebahagian RRT. Hasil ujiannya positif Covid-19 keesokan hari dan dibawa ke NCID. Ujian serologi yang dijalani pada 7 Februari positif dan didapati wujud jangkitan terkini kerana beliau menampakkan tanda sakit berkenaan dengan nilai Ct bagi ujian reaksi rangkaian polymerase (PCR) rendah.



Kes ini juga menerima suntikan dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang pertama pada 27 Januari yang membawa pada ujian serologi yang positif. MOH menembah kes ini kemungkinan sudah mula menghasilkan antibodi menyusuli vaksinasi.



Memandangkan vaksin ini tidak mengandungi virus hidup, beliau tidak mungkin dijangkiti kerana vaksinasi. Ada kemungkinan seseorang dijangkiti hanya sebelum atau sesudah vaksinasi kerana kebiasaannya masa beberapa minggu diambil individu bagi membangun imuniti selepas tamat vaksinasi.



Selain dua kes masyarakat, baki 20 kes Covid-19 baru adalah kes import.



Empat kes melibatkan warga Singapura dan tiga pula Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Canada, India dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan dengan sejarah perjalanan dari India dan UAE.



Tiga kes melibatkan pemegang pas kerja dari India, Nepal dan Filipina manakala tujuh kes pula adalah pemegang permit kerja dari India, Indonesia, Malaysia dan Myanmar. Lima daripada pemegang permit kerja ini adalah pembantu rumah asing.



Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang datang ke sini dari Malawi untuk bertemu saudara-maranya yang merupakan warga Singapura.



MOH menambah lagi 51 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 44 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Seorang pula berada dalam keadaan kritikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >