Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Semua 8 kes di Madrasah Irsyad libatkan murid, HBL bagi Darjah 1-5 minggu depan

Sep 08, 2021 | 10:38 AM



 



KESEMUA lapan kes dari kelompok jangkitan Covid-19 di Madrasah Irsyad Zuhri yang dikenal pasti buat masa ini melibatkan murid dari kelas yang sama.



Semua guru dan rakan sekelas di darjah empat itu telah dikuarantin sejak dua kes pertama dikesan pada 3 September lalu, kata pengetua Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Encik Noor Isham Sanif.



Encik Noor Isham berkata berikutan itu, lebih ramai pelajar kemudian diuji positif bagi koronavirus tersebut, menjadikan bilangan mereka yang dijangkiti sebanyak lapan orang.



"Meskipun tiada tanda bahawa pelajar (Darjah Empat) lain dijangkiti, kami telah memberi semua pelajar Darjah Empat Cuti Ketidakhadiran (LOA) demi keselamatan mereka .





"Sejak sekolah ditutup pada 3 September (Hari Guru), semua aktiviti fizikal di sekolah diberhentikan sepanjang cuti sekolah September dan semua program termasuk pelajaran tambahan bagi Darjah Enam beralih ke dalam talian.





"Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, semua pelajar Darjah Satu hingga Lima akan menjalani Pembelajaran di Rumah (HBL) apabila penggal dibuka semula sehingga 17 September nanti," ujar Encik Noor Isham.





Pelajar Darjah Enam akan dibenarkan kembali ke sekolah setelah cuti September ini untuk membolehkan mereka mempersiapkan diri bagi peperiksaan tamat sekolah rendah (PSLE), tambah madrasah itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >