Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Semua masjid S’pura terus ditutup, solat Jumaat ditiadakan hingga keadaan tambah baik, kata Muis

Mar 24, 2020 | 07:23 PM



SEMUA masjid di Singapura akan terus ditutup sehingga keadaan wabak Covid-19 bertambah baik dan selamat bagi masjid untuk dibuka semula, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu sidang media semalam.



Ini sekali gus bererti solat Jumaat juga akan ditiadakan sepanjang tempoh penutupan masjid itu.



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, berkata keputusan untuk terus menutup semua masjid itu telah disarankan Jawatankuasa Fatwa selepas mempertimbangkan keadaan penularan Covid-19 di seluruh dunia dan kes yang semakin bertambah di Singapura.



Semua masjid di Singapura telah ditutup selama dua minggu sejak 13 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19, menyusuli kepulangan sekumpulan warga Singapura yang telah menghadiri perhimpunan tabligh besar-besaran di Masjid Jamek Seri Petaling di Kuala Lumpur.



“Jawatankuasa Fatwa sebulat suara berpendapat bahawa masjid-masjid tidak seharusnya dibuka semula selagi belum sampai ke tahap selamat untuk dibuka dan keselamatan dan penularan virus itu dapat dicegah dengan baik.



“Ini berpandukan beberapa prinsip agama yang digunakan pada fatwa yang lalu yang membolehkan penutupan masjid, seperti memastikan kita dapat mengelakkan semua kemudaratan dan menutup semua pintu dan ruang yang boleh membawa kepada kemudaratan dan bahaya.



“Dan (ini) juga berpandukan beberapa hadis Nabi saw yang mengatakan dengan jelas bahawa ketakutan ke atas keselamatan kita dan juga penyakit adalah dua sebab yang menggugurkan kewajipan solat berjemaah dan solat Jumaat,” kata beliau, yang juga pengerusi Jawatankuasa Fatwa.



Dr Nazirudin berkata jawatankuasa itu mengambil keputusan tersebut dengan hati yang sedih bersama masyarakat kerana “bagi masyarakat Islam, masjid dan jemaah merupakan salah satu aspek kerohanian, kehidupan beragama kita yang sangat penting”.



Beliau menggalak masyarakat Islam agar terus menunaikan ibadah dan solat di rumah bersama ahli keluarga dan menyesuaikan diri mereka dalam situasi hari ini.



Dr Nazirudin turut melahirkan harapan agar masyarakat tidak melihat keputusan untuk melanjutkan penutupan masjid itu sebagai sesuatu yang menghalang mereka daripada beribadah di masjid, namun melihatnya sebagai satu sumbangan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua.



“Pada masa kita mengharungi cabaran ini di samping kita beribadah di rumah dengan keluarga, kita juga memberikan pertimbangan yang besar menjaga nyawa manusia. Itu seperti yang digariskan dalam Al-Quran, seolah-olah kita menyelamatkan nyawa keseluruhan umat manusia, bermakna ia sesuatu pengorbanan yang sangat besar," kata beliau. 



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu catatan Facebook berkata beliau menerima baik dan menyokong saranan mufti dan Jawatankuasa Fatwa untuk melanjutkan tempoh penutupan masjid, lantas ketiadaan solat Jumaat.



"Ini cara yang pasti demi mengelakkan kemudaratan kepada masyarakat Islam kita serta rakyat Singapura. Ternyata, situasi di Singapura dan rantau ini belum bertambah baik, malah ia bertambah buruk dengan jumlah kes meningkat dengan lebih pantas saban hari," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >