Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Wanita 86 tahun dalam kelompok TTSH meninggal; pekerja kedai roti Four Leaves antara kes masyarakat tiada kaitan

Jun 08, 2021 | 11:04 PM



SEORANG wanita Singapura berusia 86 tahun meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19 pada Isnin (7 Jun).



Wanita yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai Kes 62680 itu merupakan kontak seorang pesakit dari Wad 9D, Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



TTSH merupakan antara kelompok jangkitan koronavirus yang besar terbentuk di sini baru-baru ini.



Wanita ini disahkan menghidap virus tersebut pada 30 April ketika dirawat di Hospital Khoo Teck Puat bagi penyakit yang tiada kena-mengena dengan Covid-19, kata MOH dalam kenyataannya pada Selasa malam.



Beliau tidak menjalani vaksinasi, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, terlalu banyak lemak dalam darah dan kelenjar tiroid yang kurang aktif. 



Hospital Khoo Teck Puat telah menghubungi keluarga wanita ini dan menghulurkan bantuan buat mereka, kata MOH.



MOH juga berkata terdapat tiga kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat yang dilaporkan pada Selasa. Satu daripadanya berkaitan dengan kes sebelum ini manakala baki dua lagi tiada kaitan.



Salah satu kes tiada kaitan melibatkan penolong runcit berusia 35 tahun di cawangan kedai roti Four Leaves di Ion Orchard dan Ang Mo Kio Hub.



Seorang lagi yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini adalah pengurus kapal di NYK Ship Management berusia 53 tahun yang telah menjalani vaksinasi penuh.



Kes berkaitan dengan kes terdahulu pula melibatkan penduduk rumah kebajikan orang istimewa, MINDSville @ Napiri.



MOH menambah, terdapat satu kes tiada kaitan di dormitori pekerja migran.



Pekerja itu merupakan tukang paip dan pemasang paip yang bekerja dengan Isogo Marine Engineering. Lelaki berusia 31 tahun itu menetap di Avery Lodge di 2D, Jalan Papan.



Terdapat lima kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. 



Mereka terdiri daripada dua Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dari India, dua pemegang permit kerja dari Indonesia dan Filipina (salah seorangnya adalah pembantu rumah) dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang sudah menerima jagaan perubatan di Singapura. Kes ini tiba dari Indonesia bagi rawatan lanjutan.



Keseluruhannya, sembilan kes jangkitan Covid-19 baru dikesan pada Selasa, jumlah paling rendah yang dilaporkan sejak 17 Mac di mana sembilan kes turut dilaporkan.



Keseluruhannya, terdapat 62,219 kes dilaporkan di Singapura sejak awal pandemik tahun lalu.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >