Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Wanita S'pura antara 4 kes import baru

Nov 27, 2020 | 11:11 PM




EMPAT kes import Covid-19 yang disahkan pada Jumaat (27 Nov) termasuk satu warga Singapura dan dua penduduk tetap (PR) yang pulang dari India dan Indonesia.




Warga Singapura itu merupakan wanita berusia 53 tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya Jumaat malam. 



Baki satu kes ialah pemegang permit kerja Singapura dari India yang mula menunjukkan tanda sakit pada 16 November lalu.



Tiga yang lain tidak menunjukkan sebarang simptom.



Kesemua mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Sementara itu, lagi tujuh kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,111 pesakit telah pulih sejauh ini.



Lagi 31 kes masih dirawat di hospital dan 29 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Sejauh ini, 28 orang terkorban di sini akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >