Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CPF seragamkan ID pengirim SMS bagi tangani isu pancing data

CPF
Jul 19, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan menyeragamkan maklumat identiti (ID) pengirimnya bagi khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai 1 Ogos, di tengah-tengah peningkatan penipuan pancingan data.



Semalam, CPF menyatakan ia akan menghantar SMS menggunakan hanya ID penghantar 'CPF Board' mengenai perkara berkaitan CPF, Daya Kerja dan Sokongan Ihsan Senja



Ia menambah bahawa ia akan berhenti menggunakan ID pengirim 'SG-Workfare' dan 'SG-SSS'.



Untuk mengelakkan penipu menyamar sebagai Lembaga CPF dengan menghantar SMS menggunakan ID pengirim 'CPF Board', ia juga telah mendaftarkan ID pengirim ini dengan Pendaftar ID Pengirim SMS Singapura (SSIR), yang ditubuhkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Mendaftar dengan SSIR membolehkan mesej palsu dikenal pasti dan disekat terlebih dahulu, kata CPF, dan hanya SMS sah akan dihantar menggunakan ID pengirim baru.



"Pencarum boleh yakin bahawa semua SMS daripada ID penghantar 'CPF Board' adalah mesej sah daripada kami," kata CPF.



"Pencarum CPF yang telah mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka dengan kami akan menerima SMS mulai 20 Julai mengenai perubahan ini.



"Kami menggalak pencarum mengekalkan SMS ini pada telefon bimbit mereka supaya (mereka) boleh yakin bahawa sebarang SMS pada masa hadapan yang diterima pada ID penghantar yang sama ini adalah sah," tambah CPF.



SMS yang dikatakan dihantar oleh CPF menggunakan ID lain harus diabaikan dan dipadam.



Pada April lalu, CPF berkata SMS yang dihantar kepada pencarum CPF memaklumkan mereka bahawa insurans ElderShield mereka telah ditamatkan adalah sah, selepas netizen mempersoal kesahihannya di media sosial.



SMS itu mempunyai pautan klik yang mengarahkan orang ke laman tentang CareShield Life, yang menggantikan ElderShield, dengan arahan untuk daftar masuk dengan SingPass mereka bagi mendapatkan butiran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >