Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuba tipu Manulife dengan tuntutan palsu: Wanita dijel 2 minggu

May 18, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang merupakan bekas ejen insurans yang bersekongkol dengan seorang pengurus perkhidmatan kewangan untuk cuba menipu firma insurans Manulife sebanyak $1,128.57 telah dipenjara dua minggu, semalam.



Mahkamah diberitahu bahawa wang tersebut tidak diagih selepas Manulife menjalankan satu pemeriksaan.



Patricia Quek Puay Yi, 40 tahun, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menipu, melakukan kesalahan itu bersama Silver Huang Hsin Tian, 27 tahun, pada 2020.



Semasa kesalahan dilakukan, Quek sedang bekerja dengan AIA Singapore, sementara Huang pula seorang kakitangan di Pias, yang merupakan sebuah firma broker yang berurusan dengan insurans.



Nama mereka tidak dapat dikesan dalam laman Persatuan Insurans Awam apabila akhbar The Straits Times menjalankan pemeriksaan semalam.



Huang telah dihukum penjara seminggu pada 10 Mei, selepas dia mengaku bersalah bulan lalu di atas peranannya dalam penipuan tersebut.



Secara berasingan, Quek disaman $7,000 semalam di atas satu kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.



Dia diharamkan memandu semua jenis kelas kenderaan selama tiga tahun bermula tempoh pembebasannya.



Bagi kesalahan menipu itu, Timbalan Pendakwaraya Awam, Encik Chong Yong, memberitahu bahawa Quek berada di sebuah hotel pada 29 Jun 2020, apabila dia terlanggar seutas tali hadangan, terjatuh dan kaki kanannya cedera.



Tiga hari kemudian, dia menghantar Huang satu mesej menerusi WhatsApp, menyatakan yang dia ingin dapatkan satu "pelan kemalangan".



Huang kemudian memberitahu Quek yang dia berurusan dengan polisi insurans di bawah Manulife dan Quek melahirkan hasrat mendapatkannya.



Quek menandatangani dokumen bagi satu polisi insurans Manulife pada 3 Julai tahun tersebut dan Huang kemudian memberinya kepada firma tersebut.



Kededua wanita itu sedar bahawa kecederaan Quek berlaku sebelum permohonannya bagi polisi Manulife itu.



Meskipun begitu, Huang memberitahu Quek dalam satu perbualan WhatsApp yang dia boleh cuba membuat tuntutan di bawah polisi itu dan "lihat apa akan berlaku".



Polisi Manulife itu berkuat kuasa pada 15 Julai 2020 dan Quek menjalani pembedahan pada kaki kanannya lima hari kemudian.



Dia dimasukkan ke hospital sehingga 24 Julai tahun tersebut.



Keesokan harinya, dia memberitahu Huang menerusi WhatsApp yang dia telah dibenar pulang.



DPP Chong berkata:



"Patricia sedar yang dia perlu meletakkan tarikh kemalangan selepas tarikh polisi Manulife itu berkuat kuasa sekiranya dia ingin tuntutan insuransnya dipertimbangkan.



"Dia kemudian memberitahu Silver agar mencatatkan tarikh palsu kemalangan tersebut pada borang tuntutannya dan selanjutnya memberitahu Silver agar memilih satu tarikh selepas polisi Manulife itu mula berkuat kuasa."



Huang kemudian mengisi dan menghantar borang tuntutan kemalangan dan kesihatan palsu, dengan mencatat tarikh kemalangan 18 Julai 2020, untuk cuba mendorong Manulife mengagih $1,128.57 kepada Quek.



Namun, sepucuk surat diterima Quek daripada Manulife yang mengesahkan bahawa ia mendapat pengesahan United Specialist Centre bahawa kaki kanan Quek dirawat pada 6 Julai tahun tersebut, sebelum tarikh polisi itu berkuatkuasa.



Seorang pegawai pematuhan Manulife kemudian membuat laporan polis pada 26 Oktober 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >