Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai bagi syarikat tenaga akan bawa kepada ketidaktentuan perniagaan

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



MENGENAKAN cukai kepada syarikat tenaga secara sewenang-wenangnya ke atas keuntungan durian runtuh mereka baru-baru ini akan membawa kepada ketidaktentuan perniagaan dan tidak memberi insentif bagi pelaburan jangka panjang dalam peralihan tenaga, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, semalam.



Ini akhirnya akan menyukarkan Singapura untuk mencapai sasaran penyahkarbonannya, kata beliau ketika menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua (GRC Sengkang).



Encik Chua telah bertanya sama ada Kementerian Kewangan (MOF) akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat minyak besar, dengan mengambil kira keuntungan rekod mereka sepanjang tahun lalu.



Syarikat tenaga tahun ini mendapat manfaat daripada harga minyak dan gas asli yang tinggi, sebahagiannya didorong oleh perang di Ukraine, dengan Russia menyekat aliran gas ke Eropah.



Harga tenaga yang melambung tinggi telah membimbangkan pengguna dan di sesetengah negara, ia malah menjadi titik bahas politik.



Pengguna di seluruh dunia bukan sahaja bergelut dengan harga bahan api yang tinggi di stesen pam.



Harga tenaga yang melambung tinggi juga telah menjejas kos penghantaran, yang meningkatkan kos barangan asas isi rumah.



"Berdasarkan harga minyak dan gas global sepanjang tahun lalu, beberapa negara telah memperkenalkan cukai durian runtuh ke atas keuntungan syarikat tenaga.



"Cukai sedemikian boleh menghasilkan pendapatan jangka pendek, tetapi ia akan merosakkan ekonomi dalam jangka panjang," kata Encik Chee.



Pada September lalu, negara-negara Kesatuan Eropah bersetuju untuk menyokong levi ke atas keuntungan durian runtuh syarikat tenaga hasil daripada masalah bekalan rantau itu akibat perang Russia-Ukraine.



Bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu, yang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tidak berjalan lancar.



Encik Chee memberi amaran bahawa langkah sewenang-wenang sedemikian boleh memberi isyarat yang salah dan menawarkan hati syarikat tenaga untuk membuat pelaburan dalam membangunkan bahan api lebih bersih yang akan membantu Singapura mencapai sasaran bersih-sifar yang ditetapkan untuk 2050.



"Adalah biasa bagi syarikat tenaga untuk mengalami kitaran naik dan turun. Keuntungan yang lebih tinggi dalam tahun-tahun yang baik membantu syarikat-syarikat ini mengatasi kerugian masa lalu, dan bersedia untuk kitaran turun masa depan," kata beliau.



"Syarikat tenaga yang menahan pelaburan dalam bahan api lebih hijau dan langkah penyahkarbonan akan menyukarkan (Singapura) untuk mencapai sasaran bersih-sifar kami," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >