Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cukai petrol naik: Pemandu teksi bakal dapat rebat sewa antara Mac-April

Feb 24, 2021 | 08:41 PM



PEMANDU teksi akan mendapat 15 peratus rebat cukai jalan raya mereka lebih awal dalam bentuk rebat sewa antara pertengahan Mac dengan April, sementara rebat cukai petrol sebanyak $360 akan diberi kepada mereka dan pemandu kereta sewa privet antara Mei dengan Ogos.



Dalam satu kenyataannya pada Rabu (24 Februari), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan demikian di kala wujudnya rasa tidak senang dalam kumpulan pemandu teksi  mengenai isu kenaikan cukai petrol yang diumumkan minggu lalu.



Isu ini juga dikemukakan beberapa Anggota Parlimen (AP) di Parlimen dalam keadaan harga petrol berada di paras paling tinggi dalam tempoh setahun.



Dengan permintaan bagi khidmat teksi dan kereta sewa privet ini masih belum pada tahap pra-Covid-19, pemandu teksi dijangka adalah golongan yang paling teruk terjejas dengan kenaikan cukai ini.



Keterangan yang dikeluarkan LTA pada Rabu adalah gambaran pertama bila dan bagaimana rebat akan diberikan kepada pemandu. Sebelum ini, keterangan tentang rebat cukai jalan raya bagi kesemua pemandu hanya akan diumumkan pada April.



Kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor:



"Sesetengah pemandu ini berkongsi keprihatinan mereka...khususnya mereka yang bergantung pada kenderaan mereka itu bagi menyara kehidupan.



"Kami telah bekerjasama dengan pihak kesatuan dan operator bagi mendahulukan beberapa langkah sokongan bagi membantu peralihan bagi pemandu teksi dan kereta sewa privet yang aktif."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >