Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Cuti bapa dibayar pemerintah diganda kepada empat minggu

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



CUTI bapa dibayar pemerintah akan digandakan kepada empat minggu daripada dua minggu sebelum ini untuk menggalakkan kaum bapa lebih terlibat dalam penjagaan anak mereka.



Mengumumkan demikian semasa Belanjawan 2023, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata perubahan ini tidak akan diwajibkan buat masa ini tetapi digalakkan.



Encik Wong berkata majikan yang bersedia melakukan hal tersebut akan dibayar balik oleh pemerintah.



Perubahan ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2024.



Ini bagi memberi lebih banyak masa kepada majikan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, terutama dengan keadaan ekonomi sedia ada dan tenaga kerja serta cabaran operasi yang dihadapi ramai majikan.



"Namun, kami akan semak perkara ini dari masa ke semasa dan berhasrat mewajibkan perkara ini pada masa yang sesuai.



"Dengan penggandaan cuti bapa, saya harap mesej yang ingin disampaikan adalah jelas: kita mahu penglibatan bapa menjadi norma dalam masyarakat dan kita akan menyokong bapa-bapa yang mahu memainkan peranan lebih besar dalam membesarkan anak-anak," ujar Encik Wong.



Kata-katanya itu disambut baik Anggota Parlimen (AP) lain yang memberi tepukan gemuruh.



Sementara itu, pemerintah juga akan menambah cuti jagaan bayi tanpa gaji sebanyak enam hari lagi bagi ibu bapa yang layak yang mempunyai anak di bawah usia dua tahun.



Ini bermakna ibu bapa sedemikian akan mempunyai 12 hari cuti jagaan bayi tanpa gaji setiap seorang setiap tahun, bermula 1 Januari 2024.



Mengulas hal tersebut, Encik Wong berkata:



"Ini akan memberi ibu bapa lebih banyak masa untuk menjalin ikatan dan menjaga anak mereka yang baru lahir, atau untuk menguruskan peraturan penjagaan.



"Semua ibu bapa kepada anak-anak warga Singapura akan layak menerima tambahan masa cuti ini jika mereka sudah bekerja dengan majikan mereka bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya tiga bulan.



"Secara keseluruhan, kesemua peningkatan ini akan menambah cuti keibubapaan bagi pasangan yang bekerja daripada 22 minggu kepada sehingga 26 minggu dalam tahun pertama kehidupan anak mereka."



Peningkatan kepada hadiah tunai Bonus Bayi, CDA dan cuti ibu bapa akan menelan belanja tambahan sebanyak $240 juta setiap kohort kelahiran bagi pemerintah, jelas Encik Wong.



Namun, beliau berharap ia akan memberi jaminan yang lebih besar kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa apabila mereka merancang untuk menambah anggota keluarga mereka.



Menurut Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD), ia telah mendekati dan meninjau hampir 20,000 warga Singapura dalam pelbagai peringkat perjalanan perkahwinan dan keibubapaan mereka sejak 2021 untuk memahami kebimbangan serta pendapat mereka terhadap perkahwinan dan keibubapaan.



Langkah-langkah sokongan tambahan yang diumumkan Encik Wong semasa Belanjawan 2023 akan menangani pertimbangan utama rakyat Singapura dalam membuat keputusan keibubapaan, termasuk kos membesarkan anak.



Dalam hal tersebut, ibu bapa sering menekankan bahawa mereka mahukan lebih banyak sokongan kewangan, terutama apabila anak-anak mereka masih muda iaitu ketika baru lahir hingga enam tahun, kata NPTD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >