Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti perayaan masa pererat ikatan keluarga

Nov 11, 2023 | 06:25 PM



Sempena cuti panjang hujung minggu ini kerana sambutan Deepavali, keluarga Cik Inshirah Ramjoo akan mengadakan kunjungan ke rumah saudara-maranya sambil menikmati juadah istimewa.

Meskipun beragama Islam, beliau menyifatkan perayaan itu sebagai peluang mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan anggota keluarga yang beragama Hindu.

Malah pernah juga keluarganya sendiri mengadakan ‘rumah terbuka’ di mana Cik Inshirah, 21 tahun, mempelawa rakan-rakannya sempena hari cuti tersebut sambil menikmati juadah yang disediakan keluarganya.

“Semasa tiba perayaan sebegini, rumah kami juga berkerlipan dengan cahaya warna-warni serta hiasan berkilauan, selain diselubungi aroma masakan tradisional selain meja yang dihiasi sajian manisan.

“Meskipun beragama Islam, kami tetap bersyukur dapat hidupkan suasana kekeluargaan, apatah lagi ini cuti panjang. Lagipun ia satu tradisi buat kami berkumpul selain menghiasi rumah dan menyediakan sajian, berkongsi makanan bagi mengeratkan hubungan,” katanya.

Mahasiswi Kejuruteraan di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) itu, menawarkan sekilas sambutan Deepavali kepada Berita Minggu.


“Bagi kami Deepavali adalah tradisi yang pererat ikatan kami bersama,” kata Cik Inshirah, anak bongsu tiga beradik.

“Sebenarnya bagi kami ia juga bermakna menghargai kepelbagaian budaya,” tambah Cik Inshirah.

Beberapa tahun lepas, Cik Inshirah telah mempelawa rakan-rakan Melayunya sempena cuti perayaan itu di rumahnya.


“Kami meluangkan masa membuat reka bentuk ‘rangoli’ dan mereka sentiasa menghormati nilai dan kepercayaan budaya kami. Tambahan pula, saya tidak pernah berasa terpinggir.”


Masakan sempena Deepavali mendapat tempat yang istimewa di hati Cik Inshirah.


“Resipi keluarga yang diwarisi turun-temurun menambah sentuhan nostalgia dalam suasana perayaan sebegini,” kongsinya.


“Rasmalai, Gulab Jamun, Kaju Katri, Barfi, Muruku, dan Churda adalah santapan wajib kami.”


Kuih manisan India mempunyai kepentingan yang mendalam semasa Deepavali.


Di luar rasa lazatnya, gula-gula itu lambang kegembiraan, kemakmuran dan tradisi budaya. 


Cik Inshirah teruja apabila membincangkan tentang pakaian Deepavali.

“Memilih pakaian Deepavali kami adalah urusan keluarga yang sangat menyeronokkan. Kami mendapatkan pakaian buatan India yang dieksport dan dijahit, ia menjadikan proses itu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >