Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dadah campuran baru 'Happy Water' cetus kebimbangan di rantau ini

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



SATU koktel baru dadah sintetik yang boleh membawa maut telah melanda Asia Tenggara, dengan pihak berkuasa di rantau ini melahirkan rasa bimbang pengguna dadah itu boleh menghadapi risiko baru.



Dikenali sebagai 'Happy Water', dadah itu merupakan campuran serbuk yang mengandungi kafein, diazepam, ketamin, Ecstasy, methamphetamine dan tramadol.



Walaupun diazepam dan tramadol ubat preskripsi, ketamin, Ecstasy dan methamphetamine adalah ubat terkawal di Singapura.



Campuran yang terdapat dalam pelbagai warna dan dibungkus dalam uncang itu dilarutkan dalam cecair dan diminum sebagai minuman, lapor The Straits Times (ST).



Koktel itu dilaporkan ditemui di pusat hiburan di Thailand dan Myanmar dalam beberapa bulan lalu.



Bangkok Post melaporkan pada April lalu bahawa 'Happy Water' dijual di beberapa bar di Pattaya, Thailand.



Di Myanmar, pihak berkuasa berkata pada awal bulan ini bahawa koktel itu dijual di bar, kelab dan kedai KTV di serata bandar Yangon.



Satu laporan bulan lalu oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) menyatakan kebimbangannya mengenai kemunculan koktel itu.



Ia menyatakan ekoran lebihan dadah sintetik di rantau ini, kumpulan jenayah menggabungkan pelbagai bahan terlarang dan memasarkannya sebagai produk baru, sekali gus menarik minat penyalah guna dadah.



Sebagai respons kepada soalan ST, jurucakap Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata ia sedang memantau keadaan serantau, namun tampaknya belum ada trend di Singapura.



"CNB mengetahui laporan mengenai kemunculan di rantau ini 'Happy Water', yang mengandungi bahan terkawal, dan kami memantau keadaan itu," kata jurucakap itu.



"Pada masa ini, kami tidak mengesan trend penggunaan 'Happy Water' di Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >