Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Daftar masuk TraceTogether belum wajib

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



PERUNCIT yang menjalankan proses daftar masuk menggunakan TraceTogether telah diberitahu untuk menundanya buat masa ini oleh pihak berkuasa, selepas banyak perusahaan serata Singapura didapati memulakan proses itu terlalu awal dengan meletakkan poster-poster mengenai peraturan baru itu.



Ini bermakna orang awam tidak boleh memasuki beberapa tempat perniagaan jika mereka tidak mempunyai aplikasi atau token TraceTogether untuk mendaftar masuk.



Menjawab beberapa soalan dari akhbar The Straits Times, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) berkata semalam bahawa semua tempat-tempat awam belum diwajibkan untuk melaksanakan proses SafeEntry mengguna TraceTogether sahaja buat masa ini kecuali untuk acara-acara atau perniagaan di dalam program perintis yang sedang dijalankan, seperti panggung wayang dan persembahan-persembahan yang diadakan secara 'live'.



"SafeEntry yang menggunakan TraceTogether sahaja akan dilaksanakan hanya selepas semua penduduk mendapatkan token di kawasan perumahan mereka, dan tempoh yang wajar untuk pengedaran di peringkat nasional dapat dicapai," kata SNDGO.



SNDGO berkata beberapa agensi pemerintah telah menghubungi beberapa perusahaan yang melaksanakan proses SafeEntry menggunakan TraceTogether sahaja menerusi e-mel dan memaklumkan mereka untuk menyimpan poster atau papan tanda yang telah diletakkan di tempat perniagaan mereka.



SNDGO tidak menjawab soalan tentang jumlah perniagaan tersebut.



Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar The Straits Times di kawasan Bukit Timah, Orchard, Tampines dan di Jewel awal minggu ini mendapati ada lebih 40 perusahaan telah meletakkan poster kod QR SafeEntry yang mempamerkan penggunaan TraceTogether.



Perusahaan-perusahaan ini termasuk beberapa tempat makanan dan minuman (F&B), kedai pakaian, kedai barangan kecantikan dan juga pusat tuisyen.



Namun, kebanyakan perusahaan-perusahaan ini juga masih membolehkan cara lain untuk pendaftaran masuk menggunakan SafeEntry seperti mengimbas kod QR dengan telefon bijak atau dengan menggunakan aplikasi SingPass.



Pemerintah mengumumkan Oktober lalu bahawa pendaftaran masuk SafeEntry yang wajib digunakan melalui TraceTogether akan dilaksanakan di seluruh negara menjelang akhir tahun lalu, namun ia telah ditangguhkan pada awal tahun ini.



Persatuan Peruncit Singapura (SRA) berkata fungsi tersebut sepatutnya tidak dijalankan pada waktu ini, walaupun mereka menggalakkan ahli-ahlinya membuat persediaan mengenai penggunaan TraceTogether untuk pendaftaran masuk SafeEntry, di dalam satu makluman mengenai penggunaan SafeEntry yang dikeluarkan di laman webnya awal bulan ini.



SNDGO berkata maklumat lebih lanjut akan dikeluarkan, dengan lebih banyak tempat pengedaran akan dibuka semula di kelab-kelab masyarakat pada bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >