Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar vaksinasi bagi murid darjah 1 hingga 3 bermula 5 Jan

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



TEMPAHAN bagi slot vaksinasi akan ditawarkan kepada semua pelajar darjah satu hingga tiga yang berada di sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) dan madrasah bermula 5 Januari.



Pendaftaran bagi semua kanak-kanak lain dalam kumpulan umur itu pula akan dibuka pada 6 Januari, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Memberikan perkembangan baru itu kepada media semalam, Encik Chan berkata 40 peratus pelajar darjah empat dan enam telah pun mendaftar bagi program vaksinasi itu.



"Ia amat menggalakkan bagi kami. Slot bagi hujung minggu iaitu dari Jumaat, Sabtu dan Ahad, telah habis ditempah.



"Jadi kami menggesa ibu bapa agar mendaftarkan anak mereka bagi slot hari biasa dari Isnin hingga Khamis yang mempunyai banyak tempat," ujar Encik Chan semasa lawatan beliau ke pusat vaksinasi pediatrik di Kelab Masyarakat Senja-Cashew semalam.



Encik Chan juga menambah ibu bapa tidak perlu khuatir sekiranya anak mereka mengambil vaksin itu pada hari biasa.



"Daripada perspektif MOE, jika kanak-kanak ini pergi mengambil vaksinasi mereka dari Isnin hingga Khamis, kami akan memberikan mereka cuti sakit yang diperlukan supaya ibu bapa tidak perlu risau bahawa anak-anak mereka akan dikenakan tindakan.



"Pihak sekolah juga akan membuat aturan untuk menjaga kanak-kanak itu bagi membantu mereka mengulang kaji kerja sekolah yang mungkin terlepas pada hari itu," kata Encik Chan.



Beliau juga berkata pihak sekolah akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kanak-kanak itu tidak akan menjalani aktiviti berat dalam tempoh dua minggu selepas vaksinasi.



Encik Chan telah melawat pusat itu bersama Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, semalam dan kedua-dua mereka memerhatikan bagaimana pusat itu - yang dikendalikan oleh Thomson Medical telah bersiap bagi memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang lebih muda.



Pusat itu telah mengambil beberapa langkah bagi mengelakkan daripada memberi dos vaksin yang salah kepada kanak-kanak.



Ini termasuk bilik persediaan berasingan untuk vaksin dan penutup berwarna yang berbeza bagi botol yang mengandungi vaksin - warna jingga bagi kanak-kanak dan ungu bagi dewasa.



Rabu lalu, sekitar 110,000 Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah dihantar kepada ibu bapa murid darjah empat hingga enam kohort 2022 serta kanak-kanak yang lahir antara 2009 dengan 2012 yang berada di sekolah MOE serta madrasah, bagi mengundang mereka mengambil suntikan vaksin. SMS itu menyertakan pautan unik bagi menempah slot vaksinasi.



Dalam pada itu, pusat vaksin pediatrik akan mula beroperasi di tujuh kelab masyarat hari ini.



Ini termasuk Kelab-Kelab Masyarakat Senja-Cashew; Nanyang, Our Tampines Hub; Pasir Ris Elias; Woodlands Galaxy; Nee Soon East dan Hougang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >