Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daging korban hasil kerjasama Jamiyah, PA penceria 150 keluarga pendapatan rendah

Sep 05, 2021 | 06:16 PM



BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Namun, dengan agihan dua kilogram daging korban yang diterima daripada pihak Jamiyah Singapura dan Persatuan Rakyat (PA) di Balai Rakyat Braddell Heights pada Ahad (5 September), terasa ringan beban yang dipikul seorang nenek 65 tahun, Cik Junaidah Ahmad.



Cik Junaidah yang menjaga cucunya yang berusia lima tahun setelah ibu bapa anak itu dipenjara kerana kesalahan dadah, turut menjaga suami yang diserang strok dan kini tidak mampu bergerak dan berdikari.



Beliau merupakan antara 150 keluarga berpendapatan rendah dari GRC Marine Parade yang dibantu dengan agihan daging korban, kambing atau lembu, yang disampaikan Anggota Parlimen GRC Marine Parade dan penasihat pertubuhan akar umbi Braddell Heights, Encik Seah Kian Peng.



Ini adalah agihan daging korban ketiga yang dilaksanakan Jamiyah sebagai sebahagian Program Korban Tahunan 2021.



Dua sesi agihan daging korban telah dilaksanakan sebelum ini buat mereka yang menempah khidmat korban bersama Jamiyah dan keluarga berpendapatan rendah di kejiranan Bukit Batok.



Kata Cik Junaidah:



“Alhamdulillah, dengan daging korban yang diterima saya boleh masak sup dan rendang buat keluarga.

 



“Ringan sedikit beban kewangan membeli barangan dapur buat saya yang menjaga cucu dan suami yang dilanda strok.”



Pengarah Jabatan Pendekatan dan Pembangunan Masyarakat (CODD) Jamiyah Singapura, Encik Abdul Halim Aliman, berkata:



“Dengan agihan lebih banyak daging korban tahun ini, kami berharap lebih banyak keluarga memerlukan boleh dibantu tanpa mengira kaum atau agama.



“Kami di Jamiyah Singapura sentiasa prihatin dengan keperluan golongan memerlukan. Di sebalik cabaran Covid-19, Jamiyah Singapura kekal teguh dan penuh nyala rasa membantu mereka yang memerlukan dalam masyarakat.”



Tahun ini, Jamiyah menerima sokongan khidmat korban dari Indonesia dan Australia.



Menurut Encik Abdul Halim, daging korban Australia telah diterbangkan ke sini dengan pihaknya akan memenuhi tanggungjawab mengagihkn daging tersebut ke lebih banyak kejiranan berbanding tahun lalu.



Encik Seah pula menambah: “Kami gembira dapat bekerjasama lagi dengan Jamiyah bagi projek agihan daging korban ini kerana ini bukan kali pertama kami berganding bahu dengan badan ini.



“Program agihan daging korban ini secara umum adalah mengenai bersikap penyayang, memberi dan berkongsi rahmat dengan masyarakat.



“Ia adalah sebahagian daripada banyak usaha membantu yang kita miliki di Singapura dan Jamiyah tentunya adalah penghulur bantuan besar yang telah membantu dan menyentuh kehidupan ramai anggota masyarakat di Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >