Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dalam dunia penuh ranjau, S'pura perlu bersatu padu: PM Lee

Apr 19, 2023 | 10:29 PM



DENGAN keadaan global yang semakin hari semakin gawat, warga Singapura mesti kekal bersatu.



Malah, bersatu sahaja tidak mencukupi, sebaliknya warga Singapura mesti mempunyai semangat berdikari dan berusaha mencipta kemakmuran bagi negara dan mencapai yang terbaik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya semasa perbahasan Ucapan Presiden pada Rabu.



Beliau berkata sekitaran luar yang penuh ranjau akan mewujudkan tekanan dan ketegangan baru dalam masyarakat, namun warga Singapura tidak boleh membiarkan tekanan ini memecahbelahkan masyarakat.



“Dalam dunia baru yang penuh masalah ini, adalah lebih penting bagi kita untuk menjadi lebih rapat kerana apabila kita berpecah, kita tidak akan ada peluang baik,” katanya.



“Kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk bersefahaman tentang asas-asas, dan cuba menghargai perspektif satu sama lain, walaupun kita tidak selalu bersetuju. 



“Kita tidak boleh mengelak daripada membuat pilihan yang sukar, tetapi menangani isu yang sukar berdasarkan fakta dan analisis yang kukuh. 



“Kita mesti memupuk kepercayaan yang mendalam dan berharga yang kita miliki – antara pemerintah dan rakyat, dan dalam kalangan warga Singapura sendiri, serta bekerjasama ke arah masa depan kita bersama,” tambah Encik Lee.



Dalam ucapan hampir satu jam itu, Encik Lee turut menggariskan cabaran global utama dan kesannya terhadap Singapura.



Ini termasuk perang Russia-Ukraine, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China, serta masalah dalam sistem perdagangan pelbagai hala global.



Inflasi tinggi akibat perang Russia-Ukraine akan menyebabkan kesukaran kepada banyak isi rumah, terutama keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, katanya.



Ketegangan antara China dan AS akan mendedahkan penduduk kepada “tarikan emosi, tekanan komersial dan kempen pengaruh, dari satu pihak atau yang lain, untuk bersetuju dengan pandangan mereka dan menyokong perjuangan mereka”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >