Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Digital Sepanjang Hayat ketepi $4.8j bantu 100,000 orang manfaat teknologi digital

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK $4.8 juta akan diketepikan Dana Digital Sepanjang Hayat (DfL) untuk menyokong 21 projek kemasyarakatan yang bertujuan mendekatkan manfaat teknologi digital kepada seramai 100,000 orang.



Ini diumumkan Presiden Halimah Yacob (gambar kiri) semalam semasa lawatannya ke SPD, badan yang membantu golongan kurang upaya, di mana beliau memerhatikan bengkel literasi digital yang dijalankan bagi golongan tersebut.



Dana $4.8 juta itu akan digunakan untuk menyokong pelbagai projek termasuk yang berkaitan mendidik kanak-kanak dan belia tentang kepentingan kesejahteraan digital, keselamatan siber serta memperkasa warga emas menerapkan penggunaan digital dalam kehidupan mereka.



Antara organisasi yang bakal menjalankan projek-projek itu termasuk Yayasan Mendaki, Cyber Youth Singapore dan Lions Befrienders.



"Tema Cabaran Presiden 2021 ialah 'Membangunkan Masyarakat yang Inklusif Digital'.



"Bersama-sama dengan gerakan DfL, kami mahu memastikan bahawa tiada orang ketinggalan di belakang dalam perjalanan transformasi digital kami.



"Dengan sokongan rakan kongsi kami, kami boleh bekerjasama merapatkan jurang digital, bantu warga Singapura mendakap teknologi dan memperkaya kehidupan," ujar Puan Halimah.



Disokong Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), gerakan DfL dan Dana DfL dilancarkan pada 8 Februari lalu oleh Puan Halimah dan sehingga kini, Dana DfL berjaya mengumpul $7.6 juta.



Dana tersebut diharap dapat mencecah $10 juta menjelang 2023.



Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan IMDA dan Cabaran Presiden, dana itu telah menyokong kerjasama SPD, Microsoft dan Program Pembolehan Digital (DEP) SG Enable.



Menerusi program itu, individu kurang upaya dilengkapi dengan kemahiran digital yang berguna untuk meningkatkan kehidupan berdikari dan peluang pekerjaan mereka.



Misalnya, peserta DEP belajar cara mengakses khidmat pemerintah dalam talian, melindungi data peribadi mereka dan menggunakan alat produktiviti termasuk Microsoft Teams, Outlook dan OneNote pada peranti digital mereka melalui satu siri sesi latihan yang dijalankan oleh SPD dan disokong oleh sukarelawan kakitangan Microsoft.



Pelatih yang melengkapkan DEP kemudian akan menerima bantuan daripada program Penempatan Kerja & Sokongan Kerja SG Enable untuk mendapatkan penempatan kerja.



Sehingga kini, seramai 20 pelatih selesai mengikuti program tersebut, dengan 11 daripada mereka berjaya mendapatkan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >