Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Masyarakat sokong program kesihatan mental dengan pembiayaan $10.4j

Aug 06, 2023 | 06:47 PM



Dana sokongan bagi pesakit mental yang diperuntuk Dana Masyarakat telah ditambah daripada $8.8 juta pada 2022 kepada $10.4 juta pada 2023 untuk memperluas lagi sokongan seperti kaunseling, sokongan pekerjaan dan terapi.

Satu program yang disokong menerusi dana ini ialah Program Intervensi Krisis Bunuh Diri yang dijalankan oleh Samaritan Singapura. Sejumlah $4 juta diperuntuk bagi program tersebut, yang merupakan satu-satunya talian 24 jam di Singapura yang menawarkan sokongan emosi secara sulit kepada individu yang menghadapi krisis atau terfikir untuk membunuh diri.

Tambahan sokongan itu diumumkan di acara Community Chest Heartstrings Walk pada Sabtu, yang dianjurkan bersama Marina Bay Sands. Acara itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara, Cik Sim Ann.

Pengerusi Dana Masyarakat, Encik Chew Sutat melebihi usaha penaja dan agensi perkhidmatan sosial yang menyediakan program sokongan, pihak awam juga boleh memainkan peranan untuk menghulur bantuan.

“Adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan dan menggalak orang yang disayangi mendapatkan bantuan awal jika ia diperlukan,” ujar beliau dalam ucapannya semasa merasmikan permulaan acara Community Chest Heartstrings Walk pada Sabtu.

Selain itu, Encik Chew berkongsi kepentingan membina masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental di rumah, sekolah dan tempat kerja.

Selain individu yang mengalami masalah kesihatan mental, Dana Masyarakat juga mengumpul dana untuk menyokong orang dewasa yang kurang upaya, kanak-kanak berkeperluan khas dan remaja berisiko serta warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan.

Dana $8.8 juta yang diperuntuk pada 2022 telah memberi manfaat kepada lebih 14,000 individu, menurut kenyataan Dana Masyarakat.

Dana Masyarakat ialah cabang derma dan penglibatan masyarakat Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >