Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janil: Pelbagai usaha tingkat kesedaran, daya tahan mental

Aug 03, 2023 | 05:52 PM



Pemerintah sedang pertingkat usaha untuk mendekati golongan senja yang hidup sendirian menerusi Duta Generasi Senja dan rangkaian Pusat Penuaan Aktif, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.

Golongan warga senja yang diberi sorotan ini dikatakan kurang menikmati sokongan sosial dan berisiko mengasingkan diri daripada masyarakat.

Menerangkan beberapa usaha untuk mempertingkat kesedaran dan membina daya tahan mental, Dr Janil berkata percubaan bunuh diri merupakan sesuatu yang tragik, peribadi, rumit dan berbilang sebab.

“Ia adalah satu topik sensitif dan kita perlu mengambil kira bentuk perbincangan awam yang boleh menjejas tindakan orang lain, terutamanya dalam kalangan orang muda.

“Dalam usaha menangani isu ini, pemintasan terbaik termasuk membina daya tahan mental, menggalak untuk mendapatkan bantuan, mengesan petanda awal bagi pemintasan krisis, dan menyokong individu dalam krisis.

“Ini memerlukan bantuan daripada ramai pihak berkepentingan,” tambahnya.

Dr Janil berkata demikian sebagai menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (GRC Yio Chu Kang) yang bertanya tentang petanda mental yang terjejas dan faktor risiko bunuh diri bagi warga tua, serta bagaimana Pusat Penuaan Aktif dan Pejabat Generasi Senja boleh bekerjasama untuk menyokong dan mencegah percubaan bunuh diri dalam kalangan warga senja.

Dr Janil berkata di peringkat kebangsaan, portal MindSG Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) beserta kempen “It’s OKAY to Reach Out” (Adalah Okay Untuk Mendapat Bantuan), menggalak bantuan sendiri dan menyediakan panduan tentang usaha mengekalkan kesejahteraan mental seperti mengurus emosi dan tekanan.

Bagi membantu kanak-kanak dan belia mengambil langkah aktif dalam membina kesejahteraan mental, daya tahan mental diajar di sekolah menerusi kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) yang diperbaharui.

Struktur sokongan rakan juga ditubuhkan di semua sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) bagi membantu belia menangani tekanan.

“Kami juga mengenal pasti akan kepentingan ibu bapa memainkan peranan dalam kesejahteraan anak-anak mereka.

“HPB telah melaksanakan satu kempen pada 2022 untuk membantu ibu bapa lebih memahami kesihatan emosi anak mereka, mengenal pasti petanda amaran awal, dan menawarkan sokongan kepada anak mereka,” tambahnya.

Selain itu, bantuan juga disediakan dalam masyarakat bagi para individu yang mengalami masalah psikologi.

Pasukan kesihatan mental yang disokong pemerintah dan agensi perkhidmatan sosial menyediakan penilaian kesihatan mental dan pemintasan psikososial bagi klien sedemikian.

Pasukan bertindak antara agensi berkaitan kesihatan mental dan kesejahteraan pula terus menilai pemintasan masa kini, dan bekerjasama untuk meningkatkan mutu dan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >