Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana masyarakat TTSH bantu bekas cef jalani hidup lebih bermakna

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



INGIN berdikari dan menpunyai kehidupan yang bermakna seperti dahulu.



Itulah keinginan Encik Mohamda Ruslan Osman, 63 tahun, yang menghidapi pelbagai penyakit seperti Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (COPD), hipertensi dan kencing manis.



Sejak 12 tahun yang lalu, kesihatan beliau semakin merosot ke tahap di mana beliau terpaksa keluar dan masuk hospital 14 hingga 15 kali setahun.



Encik Mohamda dahulunya bekerja di hotel tempatan selama lebih 20 tahun sebagai seorang ketua cef sejak beliau melengkapkan Perkhidmatan Negara (NS) sehingga beliau mula jatuh sakit dan harus berhenti bekerja.



Kini, beliau yang telah lama bercerai dengan isterinya dan mempunyai dua anak perempuan berumur 28 dan 30 tahun, tinggal keseorangan di rumah sewa di Ang Mo Kio.



Menurut Encik Mohamda, walaupun beliau bersyukur kerana boleh berdikari dan tinggal bersendirian, beliau rasa agak bimbang mengenai penyakit beliau.



"Pada pagi Ahad, tiga minggu lalu, saya mendapat serangan jantung ketika keseorangan di rumah.



"Nasib baik saya masih sadar dan mempunyai telefon bimbit di samping saya untuk menelefon ambulans untuk bantuan," katanya, yang dahulunya tinggal bersama keluarga abangnya dan baru berpindah ke rumah sewanya pada bulan Mac tahun lalu.



Namun demikian, penyakit beliau tidak menghalangnya untuk meneruskan kehidupan yang berdikari dan aktif.



Encik Mohamda yang gemar memasak seringkali mengambil tempahan katering dari teman-temannya untuk menampung kehidupannya.



"Saya memang gemar memasak dan setiap Hari Raya, saya boleh menerima sebanyak 20 tempahan katering.



"Setiap hujung minggu, jika saya tidak mempunyai tempahan katering, saya akan turut memasak dan berkongsi masakan saya dengan jiran-jiran saya," kata beliau yang berpeluang untuk belajar memasak di Switzerland, Jepun, Perancis dan Italy ketika beliau masih bekerja di hotel.



Namun, beliau juga menghadapi banyak cabaran kerana seringkali saraf di kakinya berasa amat sakit sehingga beliau memerlukan tongkat untuk berjalan.



Beliau mudah berasa lelah dan lesu meskipun tidak melakukan apa-apa.



Beliau juga didiagnosis dengan 'apnea tidur' - gangguan pada pernafasan secara berulangan semasa sedang tidur.



Mujur, di bawah program dana IWanttoGoHome (IWGH) yang ditubuhkan oleh dana masyarakat Hospital Tan Tock Seng (TTSH), beliau kini mempunyai mesin Tekanan Saluran Udara Positif Berterusan (CPAP) yang digunakkannya hampir setiap malam supaya beliau tidak menghadapi penyekatan pernafasan semasa tidur.



"Saya amat bersyukur atas bantuan yang telah diberikan oleh program dana IWTGH kerana ia membantu saya untuk hidup lebih berdikari sebagai mana saya sering bayangkan sejak keadaan saya semankin teruk.



"Kini, kualiti tidur saya tidak lagi menjejas keseluruhan kesihatan saya," katanya, yang kini bersemangat untuk mengatasi penyakit kencing manis dan hipertensinya supaya mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti.



Program dana IWTGH bertujuan untuk memberi sokongan kepada pesakit yang kurang kemampuan untuk pulang ke rumah dengan selamat dan menerima penjagaan berkualiti di rumah mereka.



Ditubuhkan sejak 2018, dana IWGH telah menyokong lebih daripada 1,700 pesakit kurang berkemampuan dengan hampir $1 juta untuk perkhidmatan penjagaan dan pemulihan mereka.



Dana ini berfungsi sebagai jaringan keselamatan bagi kumpulan pesakit TTSH yang perlu membayar untuk barangan atau perkhidmatan yang tidak dilindungi di bawah skim subsidi atau memerlukan perkhidmatan kesihatan sementara.



Terutama sekali pada masa pandemik Covid-19, penantian untuk perkhidmatan penjagaan kekal boleh menjadi lebih lama daripada yang dijangkakan dengan sumber yang terhad.



Oleh itu IWGH telah membantu pesakit melalui tempoh yang mencabar ini dengan perkhidmatan kesihatan sementara seperti perkhidmatan penjagaan di rumah dan dialisis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >