Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana wang saku ST agih $5 juta dalam sembilan bulan pertama 2017

Sep 28, 2017 | 04:01 PM



 





SERAMAI 8,000 pelajar telah menerima sokongan dari dana Wang Saku The Straits Times (STSPMF) dari dana lebih $5 juta yang diagihkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini.



Demikian yang diumumkan Pengerusi STSPMF dan Ketua Editor Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM), Encik Warren Fernandez pada majlis Hari Penghargaan STSPMF 2017 semalam yang diadakan di auditorium Singapore Press Holdings (SPH) hari ini.



Encik Fernandez turut menganggarkan bahawa STSPMF akan mengagihkan jumlah keseluruhan sebanyak $7 juta dalam tempoh tahun ini yang akan membantu lebih 10,000 pelajar.



Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mini Environment Service Group (MES Group) Encik Mohd Jaleel turut menghadiri majlis itu dan telah menyerahkan cek bernilai $500,000 kepada Encik Fernandez menyumbang kepada dana tersebut tahun ini.



Kini, Encik Mohd Jaleel yang telah menyokong dana amal tersebut sejak 2010 telah menyumbang sebanyak $2.5 juta kepada STSPMF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >