Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEWA FLAT HDB TERUS NAIK

Dapat teman baik setelah sewakan flat

Harga sewa untuk flat HDB kian meningkat, dengan sewa bagi kediaman sedemikian naik untuk bulan ke-24 berturut-turut pada bulan lalu. BERITA HARIAN menemu bual beberapa pemilik dan penyewa tentang bagaimana mereka menangani kenaikan harga sewa. Kami juga mendapatkan pandangan beberapa ejen hartanah untuk memahami sebab kenaikan itu dan menawarkan panduan kepada mereka yang berhasrat menyewa flat HDB
Jul 16, 2022 | 05:30 AM



MENYEWAKAN sebuah bilik di flatnya adalah satu-satu cara bagi beliau mendapatkan pendapatan tambahan.



Itulah yang mendorong Cik Ratna Fauzi, 37 tahun, yang bekerja dalam industri perniagaan, untuk menyewakan salah satu bilik di flat HDB empat biliknya di Jurong West Street 42.



Beliau mula menyewakan bilik di rumahnya sekitar satu setengah tahun yang lalu kerana beliau tinggal seorang diri dan ingin mengambil kesempatan mendapatkan wang tambahan.



Menurut Cik Ratna, beliau membuat keputusan membeli flat HDBnya pada hari jadi ke-35 tahun pada akhir 2020.



Dari mula, beliau mempunyai matlamat menggunakan flatnya sebagai sebahagian daripada peleburannya serta mahu tinggal sendiri demi berdikari.



"Dengan menyewakan satu bilik, saya boleh dapat sekitar $600 setiap bulan dan saya juga berpeluang membahagikan kos elektrik dan air bersama penyewa saya dan ini adalah terbaik bagi saya dari segi ekonomi berbanding dengan tinggal bersendirian," kata beliau yang belum berumah tangga.



Selain pendapatan duit sewa, Cik Ratna rasa bertuah mendapat penyewa yang baik seperti Cik Nurul Fatyhah Baharuddin, 32 tahun, yang tinggal sebumbung secara damai seperti kawan baik.



"Rasanya seperti saya tinggal bersama seorang kawan baik kerana kami bersefahaman antara satu sama lain dan seringkali melakukan kegiatan bersama seperti memasak dan membersihkan rumah dan ia seolah-olah tinggal bersama seorang adik saya sendiri," katanya yang telah menyewakan biliknya sejak Mac lalu.



Apabila ditanya pendapat beliau mengenai peningkatan kos sewa flat HDB, beliau menyatakan bahawa ia adalah berita yang baik terutama sekali bagi pemilik rumah seperti dirinya yang bergantung pada pasaran sewa untuk pendapatan tambahan.



"Namun demikian, saya rasakan bahawa ia tidak akan memberikan saya pendapatan tambahan kerana kini kos elektrik dan air juga sudah meningkat," ujar beliau yang tidak merancang menaikan harga sewanya buat ketika masa.



Bagi penyewanya, Cik Nurul Fatyhah, seorang jurutera reka bentuk yang bekerja di sebuah syarikat di Singapura, beliau sedar bahawa trend harga sewa kian meningkat masa kini.



"Sesetengah harga sewa adalah berpatutan namun terdapat juga kadar harga yang tidak begitu memuaskan dan sebagai seorang penyewa, saya perlu mempertimbangkan trend ini setiap kali saya mencari bilik sewa," kata warga Malaysia itu yang telah menyewa beberapa bilik di Singapura sejak beliau mula bekerja di sini lima tahun yang lalu.



Apabila ditanya jika beliau akan mencari alternatif berlainan jika harga sewa kian meningkat buat jangka masa yang panjang, beliau menyatakan bahawa beliau lebih selesa menyewa bilik di Singapura daripada berulang alik dari Johor ke Singapura setiap hari.



"Bagi saya, selagi kos masih dalam bajet saya dan berpatutan dengan bilik yang saya sewa, saya akan cuba memahami keperluan menaikkan harga sewa.



"Namun, jika ia benar-benar tidak berpatutan, saya akan terpaksa mencari pilihan yang lain," kata beliau yang seringkali membuat kajian tentang kawasan sewa dan perbandingkan harga sewa di laman Carousell dan Property Guru setiap kali beliau mencari tempat untuk disewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >