Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari kerja manual ke automatik bagi jabatan SGH di terowong

Nov 20, 2023 | 08:36 PM



Jabatan yang ditempatkan di terowong Hospital Besar Singapura (SGH) telah menjalani pembaharuan dengan menggunakan teknologi untuk membantu pekerja dan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Antara jabatan di terowong sepanjang 2.5 km itu ialah Jabatan Pengurusan Bahan (MMD), yang memenuhi pesanan untuk wad hospital.

Penolong Pengarah Rantaian Bekalan SGH, Encik Rosli Boedjang, 53 tahun, menjelaskan kepada Berita Harian pada Isnin bahawa sebelum ini unit itu menggunakan sistem kerja secara manual.


“Sebelum peralihan daripada manual kepada automatik, kami memerlukan enam pekerja untuk membantu menyiapkan pesanan tersebut. Namun sekarang, hanya dua pekerja diperlukan untuk memenuhi semua pesanan dalam masa setengah hari.” kata Encik Rosli.

Jabatan lain di terowong SGH itu termasuk Unit Bekalan Steril (SSU), Unit Dapur, dan Unit Bekalan Kain Linen.

Sebahagian daripada terowong itu dibina pada 1975 dan masih digunakan hari ini.

Terowong baru ditambah untuk menghubungkan SGH dengan bangunan-bangunan lain, seperti Pusat Jantung Nasional Singapura, Hospital Masyarakat Outram (OCH), bangunan Ahli Akademik dan Bangunan Perubatan Kecemasan yang akan dibangunkan tidak lama lagi.

Peranan SSU ialah mensterilkan sekurang-kurangnya 1,300 alat pembedahan setiap hari.

Sejak 2020, SSU bersama Jabatan Perkhidmatan Sekitaran, telah menjalankan projek untuk mengitar semula instrumen seperti gunting yang telah digunakan.

Sejak dilaksanakan, jumlah instrumen yang dikitar semula telah meningkat daripadad 20 kg sebulan kepada 600 - 700 kg sebulan.

Unit Dapur pula unik dengan ciri-cirinya, contohnya mereka menggunakan mesin yang mengacau sup secara automatik.

Sejumlah 5,400 hidangan disediakan setiap hari dan dapur itu mempunyai 87 kakitangan.

Unit Bekalan kain linen mengendalikan kira-kira 18,000 hingga 20,000 helai kain sehari.

Selain memastikan kebersihan kain, mereka menguruskan pembungkusan dan pengedaran ke seluruh hospital. Terdapat 63 jenis linen yang tersedia untuk pesakit berbeza.

Peralihan daripada kerja manual kepada automatik telah berubah secara drastik sejak beberapa tahun lalu di SGH.

Ramai berkata perubahan itu telah menjadikan keadaan bekerja lebih selamat dan cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >