Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes wanita bertekak dengan polis di SGH: Didakwa tipu semasa mohon permit kerja

Oct 24, 2023 | 04:13 PM



Seorang wanita yang merakam dirinya bertengkar dengan polis di Hospital Besar Singapura (SGH) didakwa berbohong dalam permohonan permit kerjanya dengan menyatakan dia akan bekerja sebagai seorang kerani.

Sebaliknya, warga China, Han Feizi, 29 tahun, dikatakan menjadi pelayan bebas di pelbagai lokasi.

Pada Selasa, dia menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing.

Menurut dokumen mahkamah, pada atau sekitar 11 Ogos, Han didakwa mengisytiharkan dalam borang permohonan permit kerjanya bahawa dia akan bekerja di sebuah syarikat, KDL Elements, yang berurusan dengan tempat hiburan seperti kelab malam dan pusat karaoke. 

Borangnya diberikan kepada Jabatan Pas Kerja di Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Han, yang kini ditahan reman, didakwa tidak berniat bekerja untuk KDL Elements. Dia juga dituduh bekerja sebagai pelayan bebas tanpa pas kerja yang sah dari sekitar 1 Ogos hingga 11 Oktober.

Pada 13 Oktober, dia dihadapkan enam pertuduhan, termasuk satu pertuduhan mengganggu orang awam dan dua pertuduhan menggunakan bahasa kesat terhadap penjawat awam.

Dia dihadapkan dua lagi pertuduhan menyerang atau menggunakan kekerasan ke atas pegawai keselamatan dan satu pertuduhan menyebabkan gangguan secara sengaja pada 3 Oktober di bawah Akta Industri Keselamatan Persendirian.


Dia dikenakan pertuduhan tersebut menyusuli insiden berasingan di sebuah kondominium, The Sail at Marina Bay, di Marina Boulevard.

Dalam kenyataan lebih awal tentang kejadian di SGH, polis berkata mereka menerima panggilan bantuan berkenaan pesakit yang berkelakuan kasar di SGH sekitar 2.35 pagi pada 10 Oktober 2023.

Han berada di bahagian kecemasan dan kemalangan SGH bagi mendapatkan rawatan untuk kakinya yang cedera dan didakwa memekik dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai semasa di sana.

Dia juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jururawat sebelum pegawai polis tiba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >