Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Dari Mahkamah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dari Mahkamah

Jan 14, 2022 | 05:30 AM

Lelaki didakwa cuba beri rasuah kepada jururawat palsukan rekod vaksinasi

SEORANG lelaki berusia 34 tahun semalam didakwa di mahkamah daerah atas tuduhan cuba memberi rasuah kepada seorang jururawat untuk memalsukan rekod bahawa dia telah menerima dos vaksinasi kedua.

Kelvin Tan Li Ming, yang menghadapi satu tuduhan rasuah, dituduh menawarkan sebanyak $50 kepada jururawat vaksinasi sambilan pada 26 Oktober tahun lalu di sebuah pusat inokulasi di Choa Chu Kang.

Warga Singapura itu dikatakan cuba memujuk jururawat untuk menandakan sistem penjagaan kesihatan bahawa dia telah disuntik dengan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata jururawat itu menolak tawaran tersebut. Kenyataannya tidak mendedahkan bagaimana ia mengetahui perkara itu.

Tan memberitahu mahkamah bahawa dia berhasrat untuk melawan tuduhan rasuah itu.

Kesnya ditetapkan untuk persidangan praperbicaraan pada 17 Februari.

Jika disabit kesalahan, dia boleh didenda hingga $100,000 dan penjara hingga lima tahun.


Wanita dijel 2 minggu beli hartanah untuk warga asing di bawah namanya

SEORANG wanita rakyat Singapura membeli sebuah hartanah di Ang Mo Kio di bawah namanya untuk tiga warga China walaupun mengetahui bahawa warga asing itu tidak layak untuk membeli unit tersebut.

Song Fanrong, 49 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua minggu semalam.

Dia mengaku bersalah sebelum ini atas satu tuduhan melanggar Akta Hartanah Kediaman (RPA), yang melarang rakyat membeli hartanah kediaman bagi pihak warga asing.

Dua pertuduhan yang sama telah diambil kira untuk menjatuhkan hukuman.

Di bawah undang-undang, warga asing memerlukan kelulusan pemerintah untuk membeli hartanah tersebut.

Mereka yang melanggar undang-undang tersebut berdepan denda sehingga $100,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3