Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daripada penubuh laman kepada pengasas agensi kreatif

Seramai 100 usahawan belia setempat telah dikenal pasti di bawah inisiatif Sandbox Somerset, yang bertujuan menggalakkan dan meraikan semangat keusahawanan. Belia ini mengongsi pengalaman mereka menerusi pelbagai platform seperti program bimbingan, acara 'pop up' dan perkongsian panel melalui acara Sandbox Somerset syarikat Invade dengan kerjasama Pejabat Kawasan Somerset oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC). BERITA HARIAN memaparkan tiga usahawan yang terlibat dalam program tersebut. Lulusan komputer sains guna kemahiran tawarkan khidmat pemasaran digital, termasuk videografi, fotografi dan reka bentuk
Dec 12, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Danish Muhammad Imran memulakan perjalanan sebagai usahawan dengan menubuhkan laman web untuk orang lain di platform seperti Blogger sebelum menubuhkan laman sendiri yang menerbitkan kandungan seperti berita teknologi.



Encik Danish, 27 tahun, membina sebuah pasukan dan kini merupakan pengasas agensi kreatif Danamic, yang menawarkan perkhidmatan pemasaran digital, termasuk videografi, fotografi dan reka bentuk.



Ditubuhkan pada 2018, syarikat itu kini mempunyai 15 kakitangan yang berusia antara 24 dengan 25 tahun, dengan pejabat yang terletak di Tampines North.



Beliau merupakan antara 100 usahawan belia yang mengongsi pengalaman mereka dengan belia lain menerusi inisiatif Sandbox Somerset anjuran syarikat Invade dengan kerjasama Pejabat Kawasan Somerset di bawah Majlis Kebangsaan Belia (NYC).



Encik Danish, seorang penerima Biasiswa Infokom Bersepadu, mempunyai diploma teknologi maklumat daripada Politeknik Ngee Ann, dan ijazah sarjana muda sains komputer daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).



Encik Danish berkata, sebagai usahawan belia, beliau perlu belajar kemahiran seperti memimpin pasukan, membina jenama dan mengurus klien.



"Dengan latar belakang utama saya dalam sains komputer, saya memahami cara mencari huraian dan membuat strategi, tetapi mengendali bisnes ialah bidang yang berbeza sama sekali.



"Tahun pertama kami amat mencabar sekali, dan ada kalanya saya tidak pasti jika kami dapat bertahan," kata Encik Danish.



Perniagaannya menghadapi cabaran terbesar semasa Covid-19, yang mengakibatkan kerugian projek selama enam bulan apabila banyak acara dan kempen dibatalkan.



"Kami terpaksa membuat keputusan sukar dari segi kakitangan dan kewangan, dan adakah kami perlu meneruskan perkhidmatan penuh yang disediakan," ujar Encik Danish, yang belum berumah tangga.



Menerusi inisiatif Sandbox Somerset, Encik Danish berharap dapat memberi inspirasi kepada belia lain untuk mengejar impian mereka, diiringi dengan kerja keras dan sikap terbuka terhadap orang di sekeliling dan sekitaran yang baru.



Mengimbas permulaan perjalanannya sendiri sebagai usahawan, Encik Danish berkata beliau kini sedar tentang pentingnya untuk tidak mengejar kesempurnaan semata-mata dan sebaliknya terus berusaha dan mencuba.



"Saya juga berharap dapat belajar daripada pengasas belia lain mengenai kejayaan dan kisah pengajaran mereka, dan saya juga berharap dapat mencetus inspirasi generasi masa depan untuk berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baru," ujarnya.



Kata Encik Danish lagi, belia hari ini beruntung kerana boleh memanfaatkan teknologi dan peluang baru, serta sokongan ekosistem startup yang kian meluas.



Generasi sekarang juga lebih terbuka mengongsi idea dan berhubung di dalam dan luar talian, ujarnya.



Semangat keusahawanan boleh dipupuk lagi dalam kalangan belia menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan, kata Encik Danish.



Contohnya, syarikatnya bekerjasama dengan beberapa sekolah menengah untuk menawarkan peluang kerja sambil belajar selama seminggu kepada pelajar menengah tiga yang berminat berkecimpung dalam bidang media dan teknologi.



Usahawan belia seperti Encik Danish mengongsi pengalaman mereka dengan belia lain menerusi pelbagai platform seperti program bimbingan, acara 'pop up' dan perkongsian panel di acara Sandbox Somerset pada 25 hingga 27 November, dan 2 hingga 4 Disember lalu.



Acara itu telah diadakan sebagai sebahagian daripada Somerfest, festival di Kawasan Somerset, yang termasuk Somerset Youth Park dan *SCAPE.




HARAP DAPAT CETUS INSPIRASI DAN BELAJAR DARIPADA PENGASAS BELIA LAIN



"Saya juga berharap dapat belajar daripada pengasas belia lain mengenai kejayaan dan kisah pengajaran mereka, dan saya juga berharap dapat mencetus inspirasi generasi masa depan untuk berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baru."



- Encik Muhammad Danish Muhammad Imran, 27 tahun, pengasas agensi kreatif Danamic. Ditubuhkan pada 2018, syarikat itu kini mempunyai 15 kakitangan yang berusia antara 24 dengan 25 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >