Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar S’pura perlu disemak, relevan dengan tuntutan hari ini: Pritam

Aug 08, 2023 | 03:36 PM



Dasar Singapura perlu disemak semula untuk menjadikannya relevan dengan Singapura pada hari ini, kata Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dalam mesej Hari Kebangsaan.

Memetik lagu Hari Kebangsaan yang popular, Home, hasil karya penggubah lagu popular, Dick Lee, Encik Pritam berkata Singapura sedang mengalami satu fasa introspeksi (muhasabah) diri, yang sebahagiannya didorong beberapa kontroversi terkini.


Baginya, seni kata lagu Home menawarkan sedikit kelegaan, di mana apabila timbul masalah, negara ini akan mencari jalan bagi permulaan yang baru dan mengatasi cabaran-cabaran ini.


“Seperti juga lagu Home yang diubah semula, ia timbul semasa Singapura dan dunia secara keseluruhannya berada di persimpangan berbeza berbanding suku abad yang lalu, dasar nasional kita juga perlu disemak semula untuk menjadikannya relevan dengan Singapura hari ini.


“Kami telah mengetengahkan sebilangan saranan dalam manifesto pilihan raya kami dan di Parlimen, dan kami gembira dapat menunjukkan kemajuan yang dicapai dalam kedua-dua perbincangan, baik di Parlimen mahupun dalam dasar pemerintah,” katanya.

Manifesto Parti Pekerja, antara lain, menghujahkan majikan yang mendapatkan khidmat profesional asing, sepatutnya perlu khidmat konsultan bebas untuk menjalankan penilaian pentauliahan pendidikan.

Ini akan dilaksanakan bagi pemohon Pas Pekerjaan mulai 1 September 2023.

“Ia satu langkah ke arah perlindungan lebih baik ke atas pekerjaan warga Singapura dan menjadikan proses pengambilan pekerja lebih saksama untuk semua,” kata Encik Pritam yang merupakan Anggota Parlimen GRC Aljunied itu.

Menurut Encik Pritam: “Parti Pekerja akan terus membentangkan saranan bernas di Parlimen yang memenuhi kepentingan Singapura, rumah kita, dan terus bekerja dengan warga Singapura untuk membina impian kita bersama.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >